top of page

Search Results

136 hasil ditemukan dengan carian kosong

  • Negara Asia Tenggara Laksanakan Reformasi Visa Menyeluruh | Musafir Sedunia

    Berita Negara Asia Tenggara Laksanakan Reformasi Visa Menyeluruh Dalam Usaha Menarik Pelancong Antarabangsa Negara asia tenggara antara destinasi pelancongan paling popular di dunia. Kredit foto: Bohemian Travel Oleh Team Musafir Sedunia 12 Mei 2025 Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Artikel Negara-negara Asia Tenggara kini melaksanakan pelbagai reformasi menyeluruh terhadap dasar visa masing-masing sebagai langkah strategik untuk menghidupkan semula industri pelancongan pasca pandemik. Pembaharuan ini termasuk pengecualian visa, pengenalan visa jangka panjang, serta cadangan visa serantau yang bertujuan memudahkan pergerakan pelancong dan meningkatkan daya saing serantau. 1) Vietnam Perkenal Visa Emas dan Peluasan Pengecualian Visa Kerajaan Vietnam telah melaksanakan pelbagai penambahbaikan terhadap dasar visanya bagi merancakkan sektor pelancongan. Bermula 1 Mac 2025, pelancong dari Poland, Republik Czech dan Switzerland yang melancong secara pakej tidak memerlukan visa untuk tempoh sehingga 45 hari. Selain itu, pengecualian visa turut dilanjutkan sehingga tahun 2028 untuk warganegara dari 12 negara termasuk Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Korea Selatan dan United Kingdom. Vietnam juga bercadang melaksanakan program 'Visa Emas' selama 10 tahun yang menyasarkan pelabur asing, pelancong jangka panjang dan profesional antarabangsa, dalam usaha menarik pelaburan langsung serta memperkukuh statusnya sebagai destinasi utama serantau. 2) Thailand Panjangkan Tempoh Visa dan Perkenal Sistem Digital Baharu Thailand telah meluluskan langkah baharu termasuk pemanjangan tempoh visa serta kelonggaran bagi kategori pelawat tertentu. Mulai Jun 2025, pelancong dari 93 negara layak tinggal sehingga 60 hari, berbanding 57 negara sebelum ini. Pelajar pascasiswazah akan dibenarkan menetap setahun selepas tamat pengajian, dan syarat insurans untuk warga emas yang memohon visa persaraan turut akan dilonggarkan. Visa khas untuk pekerja bebas dan digital nomad akan dilanjutkan kepada lima tahun, dengan had tinggal sehingga 180 hari setiap kali masuk. Thailand juga akan memperkenalkan Kad Ketibaan Digital Thailand (TDAC) bermula 1 Mei 2025 bagi mempercepat dan memodenkan proses kemasukan pelawat asing. Baca: Konflik India - Pakistan Ganggu Operasi Penerbangan Kuil Wat Arun di Thailand. Kredit foto: Thailand Roads 3) Filipina Perkenal Visa Nomad Digital Filipina kini memperkenalkan visa nomad digital yang membolehkan pekerja jarak jauh antarabangsa tinggal dan bekerja di negara tersebut selama setahun. Visa ini diumumkan oleh Presiden Ferdinand Marcos Jr. melalui Perintah Eksekutif No. 86 pada 28 April 2025. Pemohon perlu berumur sekurang-kurangnya 18 tahun, menunjukkan bukti pekerjaan jarak jauh dengan pendapatan asing yang stabil, tiada rekod jenayah, dan memiliki insurans kesihatan yang sah. Langkah ini bertujuan menarik lebih ramai pengunjung profesional dan merangsang ekonomi digital negara. 4) Malaysia Longgar Syarat Visa dan Lanjutkan Pengecualian Untuk Dua Negara Utama Kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif melonggarkan syarat bagi program visa 10 tahun, sejajar dengan usaha menarik pelabur asing dan pelancong jangka panjang. Malaysia juga mengekalkan pengecualian visa kepada warganegara India dan China sehingga Disember 2026, dua pasaran pelancongan utama yang berpotensi menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. 5) Cadangan Visa Serantau ASEAN Seakan visa Schengen Eropah Enam negara ASEAN—Thailand, Kemboja, Malaysia, Myanmar, Vietnam dan Laos—bercadang memperkenalkan sistem visa serantau seakan visa Schengen Eropah. Melalui sistem ini, pelancong boleh bergerak bebas antara negara-negara terbabit dengan hanya satu permohonan visa tunggal. Inisiatif ini dijangka memudahkan perjalanan pelancong, mengurangkan beban birokrasi, dan meningkatkan kadar pelancongan merentas sempadan antara negara-negara ASEAN. Baca: Demonstrasi Keselamatan Sebelum Penerbangan Sumber: VNExpress, Times of india, Reuters Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia. Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda. Pelancongan: Ingin melancong ke Taiwan? Lihat promosi pakej pelancongan ke Taiwan TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA Berita Negara Asia Tenggara Laksanakan Reformasi Visa Menyeluruh 12 Mei 2025 Informasi Mengelilingi Dunia Melalui Fakta Menarik 25 April 2025 Tips Tips Melancong Untuk Pesakit Berisiko Jantung 25 April 2025 Destinasi Landasan Kereta Api Terpanjang Di Dunia 6 Mei 2025 Tips & Info Penerbangan Ranking Lapangan Terbang Terbaik Dunia 2025 27 April 2025

  • Musafir Sedunia | Media Pelancongan & Pengembaraan

    Musafir Sedunia adalah media digital yang menawarkan Berita, Tips, Informasi, Destinasi, Info Penerbangan serta pakej pelancongan seiring dengan pergerakan pantas media sosial berkaitan travel, pelancongan dan pengembaraan. Segalanya mengenai pelancongan dan pengembaraan. Ikuti Kami: TREN DING BERITA Negara Asia Tenggara Laksanakan Reformasi Visa Menyeluruh Negara Asia Tenggara Laksanakan Reformasi Visa Menyeluruh 12 Mei 2025 Menu Utama Berita Informasi Tips Destinasi Tips & Info Penerbangan Pakej Pelancongan Umrah Artikel Terkini: Berita Musafir Informasi Tips Destinasi Tips & Info Penerbangan Negara Asia Tenggara Laksanakan Reformasi Visa Menyeluruh 12 Mei 2025 VIEW ALL Konflik India - Pakistan Ganggu Operasi Penerbangan 9 Mei 2025 VIEW ALL Gempa Bumi Kuat Berukuran 6.2 Magnitud Gegar Istanbul 25 April 2025 VIEW ALL Thailand Wajibkan Kad Ketibaan Digital (TDAC) 24 April 2025 VIEW ALL China Perluaskan Skim Pulangan Cukai Kepada Pelancong Asing 23 April 2025 VIEW ALL Jepun Perkenal Yuran dan Had Pendaki di Gunung Fuji 22 April 2025 VIEW ALL Mengelilingi Dunia Melalui Fakta Menarik 25 April 2025 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers Cip Pada Pasport 24 April 2025 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers Ranking Pasport Mengikut Negara 23 April 2025 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers Cukai Penginapan Lebih Tinggi Di Jepun 22 April 2025 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers Mengelilingi Dunia Melalui Fakta Menarik 20 April 2025 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers Pusat Rekreasi Pernah Popular Di Malaysia 19 April 2025 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers Tips Melancong Untuk Pesakit Berisiko Jantung 25 April 2025 VIEW ALL Panduan Mengemas Bagasi Ke Luar Negara 18 April 2025 VIEW ALL Kesilapan Biasa Sebelum Penerbangan 20 April 2025 VIEW ALL Kit Perubatan Keselamatan 22 April 2025 VIEW ALL Ingin Mendaki Gunung Kinabalu Kali Pertama? 23 April 2025 VIEW ALL Landasan Kereta Api Terpanjang Di Dunia 6 Mei 2025 VIEW ALL Destinasi Menyelam Skuba Terbaik Asia 2025 26 April 2025 VIEW ALL Bangunan Merdeka 118 23 April 2025 VIEW ALL Festival Sepanjang Tahun Di Korea Selatan 22 April 2025 VIEW ALL Keajaiban Laut Mati 21 April 2025 VIEW ALL Melancong Ke Korea Utara 20 April 2025 VIEW ALL Fakta Menarik Gunung Kinabalu 19 April 2025 VIEW ALL Ranking Lapangan Terbang Terbaik Dunia 2025 27 April 2025 VIEW ALL Memahami Penarafan Syarikat Penerbangan 22 April 2025 VIEW ALL Demonstrasi Keselamatan Sebelum Penerbangan 24 April 2025 VIEW ALL Diskaun Penerbangan Pelajar 25 April 2025 VIEW ALL Percubaan Meloloskan Barang Larangan 26 April 2025 VIEW ALL MENU UTAMA Laman Media Sosial Kami:

  • Berita | Musafir Sedunia

    Berita pelancongan dan pengembaraan serata dunia | Travel and adventure news Berita Musafir Berita Musafir Negara Asia Tenggara Laksanakan Reformasi Visa Menyeluruh Dalam Usaha Menarik Pelancong Antarabangsa 12 Mei 2025 Negara Asia Tenggara Laksanakan Reformasi Visa Menyeluruh 12 Mei 2025 Gempa Bumi Kuat Berukuran 6.2 Magnitud Gegar Istanbul 25 April 2025 Konflik India - Pakistan Ganggu Operasi Penerbangan 9 Mei 2025 Thailand Wajibkan Kad Ketibaan Digital (TDAC) 24 April 2025 Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Lagi Berita

  • Pencarian MH370 Ditangguh | Musafir Sedunia

    Berita Pencarian MH370 Ditangguh Selepas Dimulakan Januari 2025 Gambaran serpihan pesawat terapung di atas permukaan laut. Kredit foto: Reddit Oleh Team Musafir Sedunia 20 April 2025 Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Artikel Pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370, yang hilang pada tahun 2014, telah ditangguhkan sementara akibat cuaca buruk di selatan Lautan Hindi. Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke, mengumumkan bahawa operasi pencarian yang dikendalikan oleh syarikat robotik marin Ocean Infinity dijangka akan disambung semula pada hujung tahun ini apabila keadaan cuaca bertambah baik. Pesawat MH370 hilang pada 8 Mac 2014 ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, membawa 239 penumpang dan anak kapal. Walaupun usaha pencarian yang besar telah dilakukan sepanjang sedekad ini, bangkai utama pesawat masih belum ditemui, menjadikan ia salah satu misteri terbesar dalam sejarah penerbangan. Baca: Diskaun Penerbangan Pelajar Pesawat Malaysia Airlines dengan livery menarik. Kredit foto: MAS Pada Disember 2024, kerajaan Malaysia telah mencapai persetujuan dengan Ocean Infinity untuk menyambung semula pencarian berdasarkan perjanjian “jika jumpa, baru bayar”. Mengikut perjanjian tersebut, Ocean Infinity hanya akan dibayar sebanyak AS$70 juta jika bangkai pesawat dijumpai dalam kawasan baharu seluas 15,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi. Penangguhan operasi adalah disebabkan oleh permulaan musim cuaca buruk yang biasa berlaku semasa musim luruh dan sejuk di hemisfera selatan. Ahli keluarga mangsa terlibat menyatakan bahawa mereka memahami penangguhan ini, memandangkan mereka telah menunggu selama lebih sedekad. Kerajaan Malaysia menegaskan komitmennya untuk meneruskan usaha pencarian ini bagi memberi penutupan (closure) kepada keluarga penumpang MH370 dan syarikat tersebut menjelaskan bahawa tempoh paling sesuai untuk pencarian adalah antara Januari hingga April. Baca: Festival Sepanjang Tahun Di Korea Selatan NST , Travel Radar Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia. Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda. Pelancongan: Ingin melancong ke Taiwan? Lihat promosi pakej pelancongan ke Taiwan TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA Berita Pencarian MH370 Ditangguh 20 April 2025 Informasi Mengelilingi Dunia Melalui Fakta Menarik 25 April 2025 Tips Tips Melancong Untuk Pesakit Berisiko Jantung 25 April 2025 Destinasi Landasan Kereta Api Terpanjang Di Dunia 6 Mei 2025 Tips & Info Penerbangan Ranking Lapangan Terbang Terbaik Dunia 2025 27 April 2025

  • Konflik India - Pakistan Ganggu Operasi Penerbangan | Musafir Sedunia

    Berita Konflik India - Pakistan Ganggu Operasi Penerbangan Pesawat Elak Terbang Melalui Ruang Udara Kawasan Konflik Gambaran dari laman web Flight Radar 24 di mana pesawat mengelak melalui ruang udara kawasan konflik. Kredit foto: Flight Radar 24 Oleh Team Musafir Sedunia 9 Mei 2025 Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Artikel Ketegangan yang semakin memuncak antara India dan Pakistan telah menyebabkan gangguan besar terhadap sektor penerbangan di Asia Selatan dan Asia Tengah, dengan banyak syarikat penerbangan mengambil langkah segera sama ada mengubah laluan atau menggantung penerbangan demi keselamatan penumpang. 1) Penutupan Ruang Udara dan Pembatalan Penerbangan Sebagai langkah berjaga-jaga susulan konflik yang semakin tegang, pihak berkuasa India telah menutup sekurang-kurangnya 25 lapangan terbang di wilayah utara dan barat, termasuk hab utama seperti Amritsar dan Srinagar, sehingga 10 Mei. Tindakan ini telah menyebabkan lebih 430 penerbangan dibatalkan, termasuk penerbangan domestik dan antarabangsa. Pakistan turut mengambil langkah serupa dengan menutup sementara ruang udaranya, menyebabkan sekurang-kurangnya 52 penerbangan dibatalkan pada 7 Mei. Walaupun beberapa operasi telah disambung semula, keadaan masih tidak menentu berikutan aktiviti ketenteraan yang berterusan. 2) Kesan terhadap Syarikat Penerbangan dan Penumpang Sekatan ruang udara ini memaksa banyak syarikat penerbangan untuk mengubah laluan penerbangan mereka. Malaysia Airlines dan Batik Air telah menggantung sementara penerbangan ke Amritsar, India dan Lahore, Pakistan atas faktor keselamatan. Beberapa syarikat penerbangan lain seperti Thai Airways, Lufthansa, KLM dan Air France turut mengubah laluan penerbangan bagi mengelakkan kawasan konflik, menyebabkan peningkatan kos operasi dan masa perjalanan. Penumpang turut terkesan secara langsung. Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), beberapa pelancong dari India dilaporkan terkandas selepas penerbangan mereka dibatalkan, dengan pilihan alternatif yang terhad untuk meneruskan perjalanan. Sumber: Thailand Wajibkan Kad Ketibaan Digital (TDAC) Kedua-dua pihak saling berbalas tembakan dan berlaku pertempuran di ruangan udara zon terlibat. Kredit foto: II Post 3) Asal Usul Konflik Krisis semasa berpunca daripada serangan maut di wilayah Kashmir yang ditadbir India, di mana 26 pelancong India terbunuh. India menuduh Pakistan menyokong militan yang bertanggungjawab dan telah melancarkan serangan udara balas terhadap kem yang didakwa sebagai tempat latihan pengganas di wilayah Pakistan. Pakistan menafikan penglibatan dan menganggap serangan itu sebagai tindakan agresif, lalu meningkatkan ketegangan ketenteraan. Kedua-dua negara kini dilaporkan terlibat dalam pertempuran, termasuk penggunaan dron dan peluru berpandu, dengan korban dilaporkan di kedua-dua pihak. PBB dan Amerika Syarikat menyeru agar kedua-dua negara menahan diri dan kembali ke meja rundingan demi mengelakkan krisis yang lebih besar. 4) Kesan Global terhadap Industri Penerbangan Penutupan ruang udara di rantau ini membawa kesan besar kepada penerbangan global. Laluan udara antara Eropah dan Asia terpaksa dialihkan, menyebabkan kelewatan dan peningkatan penggunaan bahan api. Air India menjangkakan sekatan ruang udara ini boleh menyebabkan kerugian sehingga AS$600 juta dalam tempoh setahun dan telah memohon bantuan kerajaan. Ketika situasi terus berubah dari hari ke hari, syarikat penerbangan dan penumpang dinasihatkan untuk mengikuti perkembangan terkini serta mematuhi nasihat perjalanan. Harapan kini disandarkan kepada usaha diplomatik untuk menyelesaikan konflik dan memulihkan kestabilan serta kelancaran sektor penerbangan antarabangsa. Sumber: Keajaiban Laut Mati Rujukan: Bloomberg, Hindustan News Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia. Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda. Pelancongan: Ingin melancong ke Taiwan? Lihat promosi pakej pelancongan ke Taiwan TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA Berita Konflik India - Pakistan Ganggu Operasi Penerbangan 9 Mei 2025 Informasi Mengelilingi Dunia Melalui Fakta Menarik 25 April 2025 Tips Tips Melancong Untuk Pesakit Berisiko Jantung 25 April 2025 Destinasi Landasan Kereta Api Terpanjang Di Dunia 6 Mei 2025 Tips & Info Penerbangan Ranking Lapangan Terbang Terbaik Dunia 2025 27 April 2025

  • Tokyo Mekar Sepenuhnya | Musafir Sedunia

    Berita Tokyo Mekar Sepenuhnya Bunga sakura menandakan permulaan sambutan dan perhimpunan hanami di seluruh Jepun Permandangan pohon bunga sakura di Ueno Park Tokyo. Kredit foto: Reddit Oleh Team Musafir Sedunia 17 April 2025 Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Artikel Bunga sakura kini telah mekar sepenuhnya di sekitar Tokyo, menarik kehadiran penduduk tempatan dan pelancong ke taman-taman dan kebun di bandar ini. Acara tahunan ini yang sangat dihargai dalam budaya Jepun menandakan ketibaan musim bunga dan diraikan dengan hanami, iaitu pesta melihat bunga. Di Taman Ueno, salah satu lokasi hanami paling popular di Tokyo, ribuan orang berkumpul di bawah pokok sakura yang sedang mekar. Keluarga dan rakan-rakan membentangkan tikar berkelah, menikmati makanan dan minuman sambil mengagumi bunga berwarna merah jambu dan putih yang halus. Suasana penuh meriah, dengan penjual jalanan menawarkan makanan tradisional dan penghibur menghiburkan orang ramai. Taman Negara Shinjuku Gyoen turut mencatatkan peningkatan pengunjung. Dikenali dengan kepelbagaian jenis pokok sakura, taman ini menawarkan suasana yang lebih tenang untuk hanami. Para pengunjung kelihatan berjalan-jalan di sepanjang laluan, merakam gambar, dan menyertai upacara minum teh yang dianjurkan di dalam pavilion taman. Baca: Pencarian MH370 Ditangguh Para pelawat melakukan aktiviti 'hanami' sambil berkelah di taman-taman bagi menikmati suasana sakura. Kredit foto: ANA Agensi Meteorologi Jepun telah meramalkan kemuncak bunga pada awal April, dan ramalan tersebut ternyata tepat. Mekar penuh dijangka bertahan sekitar seminggu, bergantung kepada keadaan cuaca. Pihak berkuasa tempatan menasihatkan pengunjung agar mematuhi peraturan taman, membuang sampah dengan betul, dan menghormati alam sekitar semasa sambutan berlangsung. Bunga sakura mekar pada waktu berbeza di seluruh Jepun, memberi peluang untuk menikmati hanami dari selatan ke utara sepanjang musim ini. Berikut adalah tarikh ramalan berbunga dan kemuncak di beberapa bandar utama Jepun bagi tahun 2025: Baca: Memahami Penarafan Syarikat Penerbangan Japan Travel , Time Out , N-Kishou Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia. Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda. Pelancongan: Ingin melancong ke Taiwan? Lihat promosi pakej pelancongan ke Taiwan TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA Berita Tokyo Mekar Sepenuhnya 17 April 2025 Informasi Mengelilingi Dunia Melalui Fakta Menarik 25 April 2025 Tips Tips Melancong Untuk Pesakit Berisiko Jantung 25 April 2025 Destinasi Landasan Kereta Api Terpanjang Di Dunia 6 Mei 2025 Tips & Info Penerbangan Ranking Lapangan Terbang Terbaik Dunia 2025 27 April 2025

  • Tips Melancong Untuk Pesakit Berisiko Jantung | Musafir Sedunia

    Tips Tips Melancong Untuk Pesakit Berisiko Jantung Dari Persiapan Awal hingga Tiba di Destinasi Membawa ubat-ubatan semasa melancong amatlah penting bagi pesakit jantung atau mereka yang berisiko. Kredit foto: Harvard Health Oleh Team Musafir Sedunia 25 April 2025 Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Artikel Mengembara ke destinasi baharu boleh menjadi pengalaman yang menyeronokkan—tetapi bagi individu yang mempunyai masalah jantung, walaupun perjalanan singkat memerlukan perancangan rapi. Sama ada anda menghidap tekanan darah tinggi, mengalami kegagalan jantung, atau sedang dalam pemulihan selepas serangan jantung, melancong tetap boleh dinikmati dengan selamat. Dengan nasihat pakar perubatan dan langkah berjaga-jaga tertentu, panduan lengkap ini membantu anda menjelajah dunia dengan yakin tanpa mengabaikan kesihatan jantung anda. Sebelum Bertolak 1) Dapatkan Nasihat Doktor Anda Sebelum membuat sebarang rancangan perjalanan, berbincanglah dengan doktor anda—terutamanya jika anda baru mengalami serangan jantung, menjalani pembedahan atau menukar ubat. Doktor boleh menilai tahap kesediaan anda untuk mengembara dan memberi panduan khusus mengikut keadaan kesihatan anda. 2) Sediakan Kit Perubatan Peribadi Bawa senarai lengkap ubat-ubatan, dos yang diambil, dan maklumat kecemasan. Simpan dalam bentuk bercetak dan digital di dalam bagasi. Pastikan anda membawa ubat mencukupi termasuk lebihan untuk beberapa hari sebagai persediaan jika berlaku kelewatan. Letakkan ubat di dalam beg tangan dan bukan dalam bagasi daftar masuk. 3) Ikut Jadual Waktu Jika anda mengembara merentasi zon waktu, bincang dengan doktor tentang cara menyesuaikan jadual pengambilan ubat. Gunakan penggera atau aplikasi telefon untuk membantu anda mengingati masa pengambilan ubat penting seperti ubat tekanan darah atau pencair darah. 4) Maklumkan Penggunaan Peranti Perubatan Jika anda menggunakan alat pacu jantung atau defibrilator, maklumkan kepada pihak keselamatan lapangan terbang dan bawa maklumat berkenaan peranti tersebut. Alat ini mungkin mencetuskan penggera pengesan logam dan memerlukan pemeriksaan khas. Baca: Melancong Ke Korea Utara Membawa ubat-ubatan semasa melancong amatlah penting bagi pesakit jantung atau mereka yang berisiko. Kredit foto: Harvard Health Semasa Dalam Penerbangan 5) Kekal Terhidrat Minum air secukupnya sebelum dan semasa penerbangan untuk mengelakkan dehidrasi. Elakkan minuman berkafein atau beralkohol kerana ia boleh memburukkan lagi dehidrasi atau berinteraksi dengan ubat. 6) Galakkan Peredaran Darah Bangun dan berjalan-jalan di lorong kabin sekurang-kurangnya sekali setiap jam, atau lakukan senaman ringan semasa duduk seperti menggoyangkan pergelangan kaki dan menekan kaki ke bawah. Ini membantu mengelakkan pembekuan darah (DVT) yang berisiko kepada penghidap jantung. 7) Pakai Stoking Kompresi Stoking ini membantu peredaran darah di kaki dan mengurangkan risiko bengkak atau darah beku semasa penerbangan panjang. Sentiasa amalkan senaman dan penjagaan kesihatan terumata bagi golongan warga emas. Kredit foto: Unsplash Di Destinasi Anda 8) Sesuaikan Diri Perlahan-lahan Berikan masa untuk tubuh menyesuaikan diri, terutamanya jika ke kawasan altitud tinggi. Kandungan oksigen yang rendah boleh memberi tekanan kepada jantung, jadi elakkan aktiviti berat dalam tempoh 24–48 jam pertama. 9) Urus Aktiviti Secara Bijak Bercuti selalunya melibatkan berjalan jauh dan aktiviti luar. Walaupun senaman itu baik, dengar isyarat tubuh anda. Berehat bila perlu dan jangan teragak-agak untuk tinggalkan aktiviti jika berasa penat. 10) Kenal Pasti Kemudahan Kesihatan Tempatan Sebelum bertolak, kenal pasti hospital atau klinik berhampiran destinasi. Pastikan insurans perjalanan anda meliputi keadaan kesihatan sedia ada termasuk penjagaan kecemasan berkaitan jantung. Tip Tambahan untuk Perjalanan Mesra Jantung 11) Jaga Pemakanan Walaupun Sedang Bercuti Pilih makanan sihat untuk jantung—buah-buahan segar, sayur-sayuran, protein tanpa lemak dan kurangkan garam serta makanan bergoreng. Jangan abaikan larangan pemakanan hanya kerana anda bercuti. 12) Kawal Stres dengan Teknik Relaksasi Situasi seperti kelewatan, kesesakan atau kesukaran komunikasi boleh menambah tekanan—yang tidak baik untuk jantung. Amalkan teknik pernafasan, dengar muzik yang menenangkan atau berjalan santai untuk mengurangkan tekanan. 13) Kekal Berhubung Maklumkan pergerakan anda kepada keluarga, terutamanya jika mengembara seorang diri. Kongsi jadual perjalanan dan maklumat perubatan agar mereka boleh membantu jika berlaku kecemasan. Masalah jantung bukan penghalang untuk anda menikmati pengalaman mengembara. Dengan persiapan awal, kawalan kesihatan yang teliti dan langkah berjaga-jaga, anda boleh menikmati percutian yang menyeronokkan dan selamat. Sumber: Heart.org , Harvard Health , American Heart Association Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia. Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda. Baca: Tokyo Mekar Sepenuhnya Pelancongan: Ingin melancong ke Taiwan? Lihat promosi pakej pelancongan ke Taiwan TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA Berita Konflik India - Pakistan Ganggu Operasi Penerbangan 9 Mei 2025 Informasi Mengelilingi Dunia Melalui Fakta Menarik 25 April 2025 Tips Tips Melancong Untuk Pesakit Berisiko Jantung 25 April 2025 Destinasi Landasan Kereta Api Terpanjang Di Dunia 6 Mei 2025 Tips & Info Penerbangan Ranking Lapangan Terbang Terbaik Dunia 2025 27 April 2025

  • China Perluaskan Skim Pulangan Cukai Kepada Pelancong Asing | Musafir Sedunia

    Berita China Perluaskan Skim Pulangan Cukai Kepada Pelancong Asing Langkah Baharu untuk Tingkatkan Pelancongan Dan Aktiviti Membeli-belah Nanjing Road di Shanghai merupakan destinasi pelancongan popular di Shanghai, China. Kredit foto: Travel Shanghai Oleh Team Musafir Sedunia 23 April 2025 Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Artikel Dalam usaha strategik bagi menarik lebih ramai pelancong antarabangsa dan merangsang perbelanjaan domestik, China secara rasminya telah memperluaskan skim pulangan cukai segera untuk pelancong asing di seluruh negara. Polisi baharu ini, yang berkuatkuasa mulai 8 April 2025, membolehkan pelancong luar negara menerima bayaran balik cukai secara serta-merta semasa membuat pembelian, sekali gus menjadikan pengalaman membeli-belah lebih mudah dan menarik. Sebelum ini, program tersebut hanya tersedia di beberapa bandar tertentu, namun kini ia telah diperluaskan secara menyeluruh dengan prosedur lebih mudah dan pantas. 1) Prosedur Pulangan Cukai Lebih Mudah dan Cepat Di bawah sistem baharu yang diuruskan oleh Pentadbiran Percukaian Negara China, pelancong asing kini boleh menerima bayaran balik cukai secara langsung di kedai-kedai yang menyertai program ini. Untuk menikmati manfaat ini, pelancong hanya perlu membuat pra-kebenaran melalui kad kredit ketika membeli barang. Ketika keluar dari China, pegawai kastam di lapangan terbang tertentu akan mengesahkan identiti pelancong serta barang yang dibeli. Setelah proses pengesahan selesai, pihak yang menguruskan pulangan cukai akan membatalkan pra-kebenaran pada kad kredit tersebut, menjadikan keseluruhan proses lebih mudah dan lancar. Baca: Thailand Wajibkan Kad Ketibaan Digital (TDAC) Huaqiangbei Electronic Mall di Shenzen, China merupakan pusat membeli-belah barangan elektronik terbesar di dunia. Kredit foto: Hunter Sourcing 2) Syarat Kelayakan dan Pembelian Untuk layak menerima manfaat ini, pelancong perlu memenuhi syarat tertentu. Tempoh tinggal pelancong asing di China mestilah tidak melebihi 183 hari, dan mereka mesti meninggalkan China melalui lapangan terbang tertentu dalam tempoh maksimum 17 hari selepas pembelian dibuat. Selain itu, transaksi mesti dibuat di kedai-kedai rasmi yang mengambil bahagian, dengan nilai minimum pembelian sebanyak 500 yuan (kira-kira RM320) dan nilai maksimum sebanyak 50,000 yuan. Sebahagian pusat membeli-belah telah memudahkan lagi proses ini dengan menghapuskan keperluan mengisi borang; pelancong hanya perlu menunjukkan pasport, dan sistem automatik akan mengendalikan urusan pulangan cukai. Baca: Percubaan Meloloskan Barang Larangan CGTN , Travel China Guide Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia. Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda. Pelancongan: Ingin melancong ke Taiwan? Lihat promosi pakej pelancongan ke Taiwan TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA Berita China Perluaskan Skim Pulangan Cukai Kepada Pelancong Asing 23 April 2025 Informasi Mengelilingi Dunia Melalui Fakta Menarik 25 April 2025 Tips Tips Melancong Untuk Pesakit Berisiko Jantung 25 April 2025 Destinasi Landasan Kereta Api Terpanjang Di Dunia 6 Mei 2025 Tips & Info Penerbangan Ranking Lapangan Terbang Terbaik Dunia 2025 27 April 2025

  • Gempa Bumi Kuat Berukuran 6.2 Magnitud Gegar Istanbul | Musafir Sedunia

    Berita Gempa Bumi Kuat Berukuran 6.2 Magnitud Gegar Istanbul Ratusan Cedera, Penduduk Panik & Pusat Kecemasan Digerakkan Orang ramai berkumpul di luar bangunan susulan gempa bumi di Istanbul, Tutkiye. Kredit foto: BBC Oleh Team Musafir Sedunia 25 April 2025 Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Artikel Pada 23 April 2025, Istanbul dan kawasan sekitarnya digegarkan oleh gempa bumi kuat berukuran 6.2 magnitud – yang terkuat dalam tempoh lebih dua dekad. Pusat gempa terletak di Laut Marmara, kira-kira 40 kilometer barat daya Istanbul, berlaku pada jam 12:49 tengah hari waktu tempatan dan berlangsung selama 13 saat. Kedalaman cetek gempa sekitar 10 kilometer menyebabkan gegaran lebih kuat dirasai di seluruh bandar dan wilayah berdekatan. Panik Meluas dan Kecederaan Gegaran yang berlaku secara tiba-tiba mencetuskan panik dalam kalangan 16 juta penduduk Istanbul. Sekurang-kurangnya 359 orang cedera – kebanyakannya akibat terjatuh, serangan panik, atau terjun dari bangunan kerana ketakutan. Daripada jumlah itu, 236 kecederaan dilaporkan di Istanbul, manakala selebihnya di Sakarya, Tekirdağ, Kocaeli, Yalova, dan Bursa. Tiada kematian dilaporkan setakat ini. Kesan Terhadap Infrastruktur dan Respons Kecemasan Walaupun gempa tidak menyebabkan kerosakan besar secara meluas, ia tetap mengakibatkan 12 bangunan dikosongkan dan sebuah struktur terbengkalai runtuh di daerah Fatih, Istanbul. Sebanyak 378 insiden kerosakan direkodkan, termasuk runtuhan separa dan serpihan jatuh dari bangunan. Seramai lebih 3,500 anggota kecemasan digerakkan ke seluruh wilayah Marmara, termasuk 1,443 petugas di Istanbul. Pihak berkuasa turut menubuhkan pusat perlindungan sementara di masjid, sekolah, dan taman awam, yang menempatkan kira-kira 100,000 orang sepanjang malam. Sekolah di Istanbul dan Tekirdağ ditutup pada 24 dan 25 April sebagai langkah berjaga-jaga. Baca: Ingin Mendaki Gunung Kinabalu Kali Pertama? Lokasi pusat bumi di bawah Laut Marmara di mana punca gegaran dilaporkan berlaku. Kredit foto: Daily Express Gegaran Susulan dan Kebimbangan Berterusan Selepas gempa utama, lebih 130 gegaran susulan direkodkan – yang terkuat berukuran 5.9 magnitud. Ahli seismologi memberi amaran bahawa sesar di bawah Laut Marmara kini berada dalam keadaan tegang dan berpotensi mencetuskan gempa lebih besar sehingga magnitud 7.4, menimbulkan kebimbangan tentang risiko seismik di masa hadapan. Reaksi Awam dan Tahap Kesiapsiagaan Gempa bumi ini mencetuskan semula kebimbangan dalam kalangan penduduk dan pakar mengenai tahap kesiapsiagaan Istanbul menghadapi bencana besar. Dianggarkan 1.5 juta bangunan di kota itu berisiko tinggi, dan satu pertiga daripadanya memerlukan pengubahsuaian segera. Pihak berkuasa tempatan, yang dikendalikan pembangkang, mendesak pelaksanaan segera pelan keselamatan gempa dan mengkritik kerajaan pusat kerana lambat bertindak. Kehidupan harian turut terganggu – ramai penduduk memilih tidur di luar rumah dalam kenderaan, taman, atau pusat perlindungan kerana takut akan gegaran susulan. Peristiwa ini sekali lagi membuka perbincangan tentang pentingnya kesiapsiagaan gempa dan ketahanan infrastruktur di Istanbul serta seluruh Turkiye. Baca: Ranking Lapangan Terbang Terbaik Dunia 2025 BBC, Daily News Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia. Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda. Pelancongan: Ingin melancong ke Taiwan? Lihat promosi pakej pelancongan ke Taiwan TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA Berita Gempa Bumi Kuat Berukuran 6.2 Magnitud Gegar Istanbul 25 April 2025 Informasi Mengelilingi Dunia Melalui Fakta Menarik 25 April 2025 Tips Tips Melancong Untuk Pesakit Berisiko Jantung 25 April 2025 Destinasi Landasan Kereta Api Terpanjang Di Dunia 6 Mei 2025 Tips & Info Penerbangan Ranking Lapangan Terbang Terbaik Dunia 2025 27 April 2025

  • Ingin Mendaki Gunung Kinabalu Kali Pertama? | Musafir Sedunia

    Tips Ingin Mendaki Gunung Kinabalu Kali Pertama? Panduan Lengkap Untuk Rujukan Gunung Kinabalu merupakan destinasi pergunungan popular di Asia Tenggara. Kredit foto: mountkinabalu.com Oleh Team Musafir Sedunia 23 April 2025 Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Artikel Gunung Kinabalu (4,095 m) ialah gunung tertinggi di Malaysia dan antara destinasi pendakian paling ikonik di Asia Tenggara. Terletak di Taman Negara Kinabalu, Sabah, pendakian ke puncak Low’s Peak menawarkan pengalaman mencabar yang sesuai untuk pendaki dengan tahap kecergasan sederhana hingga tinggi. Panduan ini menyediakan maklumat lengkap merangkumi laluan, musim sesuai, kos, penginapan, keperluan mendaki secara berkumpulan, peralatan, pengalaman pendaki, info servis malim gunung, serta pilihan berkhemah jika diperlukan. Perancangan Awal Semua pendaki perlu mendapatkan permit yang sah melalui Sabah Parks, iaitu badan rasmi yang menguruskan taman-taman perlindungan di Sabah. Permit ini terhad dan wajib ditempah awal (disarankan 3–6 bulan lebih awal). Pendakian solo tidak dibenarkan, dan semua pendaki wajib diiringi oleh malim gunung berlesen. Pendaki juga perlu menempah penginapan rasmi di Panalaban (Laban Rata), satu-satunya tempat rehat sebelum ke puncak. Keperluan Mendaki Secara Berkumpulan Mengikut peraturan Taman-Taman Sabah, semua pendaki mesti mendaki dalam kumpulan dan disertai oleh sekurang-kurangnya seorang malim gunung. Seorang malim hanya boleh mengiringi maksimum lima orang pendaki. Jika anda pendaki solo, anda perlu menyertai kumpulan lain atau melalui ejen yang menyediakan gabungan kumpulan (group join-in). Ini bertujuan untuk keselamatan, pengawasan, dan sokongan semasa pendakian. Waktu Sesuai untuk Mendaki Pendakian ke Gunung Kinabalu dibuka sepanjang tahun, namun musim kering dari Mac hingga September adalah masa terbaik. Cuaca lebih stabil dan pemandangan lebih jelas. Musim hujan pula berlaku antara Oktober hingga Januari, dengan hujan lebat, kabus tebal dan laluan yang licin serta risiko pembatalan pendakian oleh Sabah Parks atas faktor keselamatan. Oleh itu, merancang pendakian dalam musim kering sangat digalakkan. Baca: Air Asia lancar laluan baharu Base Camp Panalaban di Gunung Kinabalu. Kredit foto: mountkinabalu.com Kos & Yuran Pendakian Kos pendakian berbeza bergantung kepada sama ada anda menempah sendiri atau melalui ejen. Berikut adalah pecahan kos utama serta pihak yang menerima bayaran: Permit pendakian dikenakan sebanyak RM100 bagi warganegara dan RM400 bagi bukan warganegara dan dibayar kepada Sabah Parks. Yuran konservasi pula ialah RM10 untuk warganegara dan RM50 untuk bukan warganegara. Malim gunung wajib diambil dengan kadar RM350 untuk setiap lima orang pendaki dan turut diuruskan oleh Sabah Parks. Bagi pendaki yang memerlukan bantuan porter, bayaran sebanyak RM130–RM150 dikenakan untuk berat 10kg pertama. Penginapan di Panalaban dikendalikan oleh Sutera Sanctuary Lodges dan kosnya sekitar RM700 hingga RM1,000 seorang untuk satu malam, termasuk makan malam, sarapan awal pagi, dan makan tengah hari. Insurans pendakian sebanyak RM10 juga diwajibkan dan boleh didapati semasa pendaftaran. Secara keseluruhan, jumlah kos boleh mencecah RM1,200 hingga RM2,000 seorang, bergantung kepada pilihan dan kaedah tempahan. Penginapan & Keperluan Berkhemah Semua pendaki ke puncak Gunung Kinabalu melalui laluan Timpohon mesti bermalam di Panalaban (Laban Rata) sebelum meneruskan pendakian ke puncak. Penginapan ini adalah wajib dan disediakan oleh Sutera Sanctuary Lodges. Fasiliti penginapan adalah asas namun mencukupi, termasuk asrama dormitori, bilik berkongsi dan pakej makanan. Bekalan elektrik adalah terhad dan tiada pemanas air. Berkhemah tidak dibenarkan di laluan utama pendakian ke puncak demi keselamatan dan pemeliharaan ekosistem. Namun, terdapat kawasan khas dalam Taman Kinabalu yang membenarkan aktiviti berkhemah dengan kebenaran khas daripada Sabah Parks. Antara lokasi berkhemah yang dibenarkan termasuk Kubah Mesilau, Pondok Ulu Kinta, dan kawasan berhampiran Timpohon Gate. Peralatan khemah perlu dibawa sendiri, dan semua sampah mesti dibawa keluar. Unggun api terbuka tidak dibenarkan. Persediaan Fizikal Sebelum Pendakian Pendakian ke Gunung Kinabalu memerlukan persediaan fizikal sekurang-kurangnya 6 hingga 8 minggu lebih awal. Latihan kardiovaskular seperti berjoging, mendaki bukit dan naik tangga boleh dilakukan 3 hingga 4 kali seminggu untuk membina stamina. Latihan kekuatan seperti squats, lunges dan plank sangat membantu menguatkan otot kaki dan teras. Pendaki juga disarankan berlatih membawa beg galas 5–7kg untuk membiasakan diri dengan beban sebenar. Jika berpeluang, bermalam di kawasan tanah tinggi seperti Kundasang boleh membantu proses penyesuaian altitud dan mengurangkan risiko AMS (Acute Mountain Sickness). Berada di puncak Kinabalu semasa matahari terbit merupakan sasaran setiap pendaki. Kredit foto: Outdoor Life Senarai Barang & Pakaian Wajib Barang keperluan termasuk jaket kalis angin dan sejuk, pakaian berlapis (layering system), kasut mendaki yang telah digunakan sebelumnya, sarung tangan, topi, stoking tebal dan headlamp untuk pendakian awal pagi. Selain itu, poncho atau baju hujan, makanan ringan berkalori tinggi, air minuman sekurang-kurangnya 1 liter, ubat peribadi dan kit pertolongan cemas juga penting untuk dibawa. Jadual Pendakian (2 Hari 1 Malam) Hari pertama: Pendaki akan bermula di Timpohon Gate (1,866m) dan berjalan sejauh 6km ke Panalaban (3,272m), mengambil masa 5 hingga 7 jam. Di sini, mereka akan bermalam. Hari kedua: Pendaki akan mula mendaki ke Low’s Peak seawal jam 2 pagi. Jarak dari Panalaban ke puncak ialah 2.7km, mengambil masa 3 hingga 4 jam. Selepas menikmati pemandangan matahari terbit, pendaki akan turun semula ke Panalaban, sarapan, dan terus turun ke Timpohon Gate. Perkhidmatan Malim Gunung Setiap kumpulan pendaki wajib disertai oleh malim gunung berlesen yang dilantik oleh Sabah Parks. Mereka bertindak sebagai pemandu arah, penjaga keselamatan, dan juga pemberi motivasi sepanjang laluan. Dengan pengalaman yang luas, malim gunung juga membantu mengenal pasti simptom AMS dan memberikan bantuan kecemasan jika perlu. Bayaran bagi setiap malim gunung adalah RM350 dan mereka hanya boleh mengiringi maksimum lima orang. Pengalaman Pendaki Pengalaman mendaki Gunung Kinabalu sangat berbeza-beza tetapi penuh inspirasi. Ramai pendaki bersetuju bahawa bahagian paling mencabar adalah di penghujung laluan ke puncak, di mana suhu sangat sejuk dan angin bertiup kencang. Aiman dari Johor berkata, cabaran itu terhapus apabila dia menyaksikan matahari terbit dari puncak. Dalam blog Vander Good, seorang pendaki menyifatkan pendakian malam sebagai luar biasa sukar tetapi sangat memuaskan. Penulis Squirrel Sisters pula menekankan keperluan membawa pakaian berlapis, headlamp, sarung tangan, dan kasut yang telah digunakan. Mereka turut menyarankan latihan fizikal yang mencukupi. Dalam artikel Adventure in You, pendaki menyatakan walaupun kos agak tinggi, pengalaman melihat kabus dari puncak dan suasana tenang ketika matahari terbit adalah tidak ternilai. Lisa, seorang pendaki solo dari Kuala Lumpur, berkongsi bahawa dia hampir berputus asa, tetapi dorongan daripada malim gunungnya memberi kekuatan untuk menamatkan pendakian. Tips Penting Latih stamina sekurang-kurangnya dua bulan sebelum mendaki dan elakkan musim hujan untuk keselamatan. Sertai kumpulan pendakian, elakkan mendaki solo dan pastikan anda bersedia secara fizikal dan mental. Dapatkan insurans perjalanan yang melindungi aktiviti lasak. Jangan paksa diri jika mengalami gejala AMS seperti sakit kepala, loya atau sesak nafas. Bawa ubat peribadi dan pastikan anda sentiasa menjaga kebersihan dan memelihara keindahan alam sekitar sepanjang di sana. Sumber: Vandergood , eCentral.my , mountkinabalu.com Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia. Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda. Baca: Cip Pada Pasport Pelancongan: Ingin melancong ke Taiwan? Lihat promosi pakej pelancongan ke Taiwan TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA Berita Konflik India - Pakistan Ganggu Operasi Penerbangan 9 Mei 2025 Informasi Mengelilingi Dunia Melalui Fakta Menarik 25 April 2025 Tips Ingin Mendaki Gunung Kinabalu Kali Pertama? 23 April 2025 Destinasi Landasan Kereta Api Terpanjang Di Dunia 6 Mei 2025 Tips & Info Penerbangan Ranking Lapangan Terbang Terbaik Dunia 2025 27 April 2025

Musafir Sedunia.jpg

Ikuti Kami

  • Facebook
  • X
  • Instagram

INFO, TIPS & BERITA PELANCONGAN / TRAVEL

 

© 2025 by Musafir Sedunia. All Rights Reserved.

Daftar Untuk Langgan Info Terkini di Email

Terima Kasih Kerana Melanggan!

bottom of page