top of page

Search Results

144 hasil ditemukan dengan carian kosong

  • 7 Negara Selamat Untuk Pengembara Solo | Musafir Sedunia

    7 Negara Selamat Untuk Pengembara Solo Destinasi 7 Negara Selamat Untuk Pengembara Solo Tanpa Perlu Risau Berkenaan Isu Keselamatan Sepanjang Perjalanan Jepun merupakan destinasi pilihan utama untuk pengembara solo. Kredit foto: AFAR Oleh Team Musafir Sedunia 5 Januari 2025 Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Artikel Pengembaraan solo bukan sesuatu yang pelik di masa kini dan menjadi pilihan bagi individu yang tidak mahu terikat dengan peraturan melancong secara berkumpulan atau yang ingin bebas untuk ke mana sahaja mengikut masa sendiri. Adalah penting untuk setiap pengembara solo atau solo traveler memilih destinasi yang selamat bagi melancarkan perjalanan dan mengelak daripada perkara yang tidak diingini sepanjang perjalanan. Selain faktor keselamatan, destinasi yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan awam yang bagus, lokasi pelancongan yang mudah diakses serta penginapan dengan harga berpatutan turut menjadi faktor pilihan untuk dilawati oleh pengembara solo. Mengembara secara solo boleh menjadi pengalaman yang sangat berharga dan keselamatan adalah keutamaan bagi kebanyakan pengembara solo. Berikut ialah beberapa negara paling selamat untuk pengembara solo: Switzerland antara destinasi popular di kalangan pengembara solo. Kredit foto: Times of India Baca: Berjimat Untuk Melancong - Sebelum, Semasa dan Selepas Melancong 1. Jepun Merupakan destinasi pelancongan popular dengan pelbagai tarikan dan kekayaan kebudayaan yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Kebanyakan lokasi di Jepun mencatatkan kadar jenayah yang sangat rendah selain pengangkutan awam yang efisien menjadikan negara ini pilihan utama untuk pengembara solo atau berkumpulan. 2. Singapura Dikenali sebagai City-State , negara berjiran dengan Malaysia ini dikenali antara negara yang paling selamat di dunia di mana anda boleh berjalan di kaki lima sekitar bandar pada waktu lewat malam tanpa perlu risau terhadap isu keselamatan. Undang-undang yang ketat membantu menjadikan lokasi di negara ini selamat dikunjungi oleh pengembara solo mahupun berkumpulan. 3. Switzerland Menawarkan landskap yang menakjubkan, Switzerland juga mencatatkan kadar jenayah yang sangat rendah, pengangkutan awam yang mudah diakses dan rakyatnya yang peramah. Ini merupakan satu destinasi yang boleh dikunjungi oleh pengembara solo yang inginkan pengembaraan outdoor dan menghayati keindahan alam semulajadi. 4. Canada Penduduk tempatan yang mesra dan destinasi yang pelbagai menjadikan Canada tempat yang mesra untuk pengembara solo. Merupakan negara yang paling selamat di benua Amerika Utara dan menduduki ranking ke-8 negara paling selamat di dunia, selain menawarkan pelbagai tarikan semulajadi serta kebudayaan eksotik, Canada merupakan antara negara yang menjadi pilihan pengembara solo. Banff National Park di Canada . Kredit foto: Envato 5. Norway Terkenal dengan kualiti hidup dan undang-undang yang ketat, Norway menawarkan keindahan semula jadi yang menakjubkan untuk diterokai oleh pengembara solo. Menjelajah ke serata destinasi di sekitar negara ini menawarkan pengalaman baru serta keselamatan yang terjamin seterusnya menjadikan destinasi ini impian bagi setiap pengembara solo. 6. New Zealand Negara ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Terkenal dengan keindahan panorama alam semulajadi yang memukau, aktiviti luar yang menarik dan penduduk yang mesra, New Zealand adalah pilihan yang selamat dan mencabar untuk pengembara solo. Anda boleh menyewa kenderaan atau Caravan untuk bergerak ke mana sahaja destinasi tanpa perlu memikitkan isu keselamatan berikutan kadar jenayah yang rendah di negara ini. 7. Austria Negara di tengah benua Eropah ini menawarkan senibina bangunan klasik yang cantik serta permandangan tasik dan gunung yang indah. Dengan kadar jenayah yang rendah dan persekitaran yang memukau, Austria ialah destinasi yang selamat dan menawan untuk diterokai oleh pengembara solo. Rujukan: britannica.com , factretriever.com , facts.net Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia. Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda. Baca: Jeddah Tower Di Arab Saudi Pelancongan: Ingin melancong ke Jepun? Lihat promosi pakej Tags safecountriesforsolotraveler solotraveler japan singapore switzerland TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA Berita Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 26 Mac 2025 Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik Informasi 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers 16 Februari 2025 Yang Mungkin Kurang Tepat Terhadap Golongan Ini Tips Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara 28 Februari 2025 Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara Destinasi Gunung Fuji 6 Februari 2025 Gunung Fuji Tips & Info Penerbangan Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan 20 Februari 2025 Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan

  • Menara kawalan udara | Musafir Sedunia

    Menara kawalan udara | Air Trafic Control Info & Tips Penerbangan Menara Kawal Udara Di Lapangan Terbang Apakah Peranan Dan Fungsinya? Menara kawalan udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok, Thailand . Kredit foto: Seasia Oleh Team Musafir Sedunia 5 Disember 2024 Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Artikel Setiap lapangan terbang mempunyai menara kawalan udara yang berfungsi untuk mengawal trafik penerbangan di lapangan terbang tersebut. Menara kawalan udara sememangnya jelas kelihatan di kawasan lapangan terbang berikutan tiada struktur tinggi berada dalam lingkungan yang terdekat menjadikan kawalan trafik pesawat lebih mudah. Jadi bagaimanakah menara kawalan udara ini berfungsi untuk memastikan trafik penerbangan menjadi lancar? Berikut adalah tugasan penting menara kawalan trafik: 1. Menguruskan Pergerakan Pesawat di Landasan Menara kawalan trafik mengawal pergerakan pesawat di landasan dan laluan teksi, memastikan operasi yang selamat dan cekap. Ia memastikan pergerakan pesawat mengikut aturan yang telah ditetapkan bagi mengelakkan kelewatan penerbangan dan tiada risiko perlanggaran di antara pesawat. 2. Proses Berlepas dan Mendarat Menara kawalan trafik udara memberi kebenaran untuk pelepasan dan pendaratan setiap pesawat selepas memastikan semua proses adalah lancar serta berkomunukasi dengan pihak approach controllers bagi mengurus aliran pelepasan dan pendaratan pesawat. 3. Memantau Ruang Udara Menara kawalan trafik semestinya memantau ruang udara di sekitar lapangan terbang, menggunakan radar dan pemerhatian visual untuk mengesan kedudukan pesawat dan memastikan jarak selamat dikekalkan. Arahan untuk mendarat atau melaksanakan go-around procedure adalah berdasarkan daripada pemantauan menara kawalan udara terhadap situasi semasa ruang udara lapangan terbang tersebut. Baca: Melancong Atau Mengembara Sendirian? Gambaran ruang operasi di dalam menara kawalan trafik udara . Kredit foto: Reddit 4. Komunikasi Menara kawalan udara mengekalkan komunikasi berterusan dengan juruterbang, memberikan maklumat penting seperti kemas kini cuaca, keadaan landasan dan sebarang perubahan dalam prosedur pelepasan atau pendaratan. 5. Pengendalian Kecemasan: Dalam kes kecemasan, pengawal menara menyelaraskan dengan perkhidmatan kecemasan dan memberi juruterbang bimbingan yang diperlukan untuk memastikan penyelesaian yang selamat. Pesawat yang berada dalam situasi kecemasan akan diutamakan untuk proses pendaratan berbanding pesawat lain. Semestinya tugas utama menara kawalan trafik udara adalah untuk mengekalkan keselamatan dan kecekapan operasi lapangan terbang. Ketepatan masa pesawat anda berlepas dan tiba di lapangan terbang melibatkan banyak proses kerja yang mana salah satunya merupakan tugasan menara kawalan trafik udara. Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia. Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda. Baca: 7 fakta menarik mengenai negara Korea Selatan Pelancongan: Ingin melancong ke Taiwan? Lihat promosi pakej pelancongan ke Taiwan Tags airtraficcontrol aircontroltower menarakawalanudara TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA Berita Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 26 Mac 2025 Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik Informasi 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers 16 Februari 2025 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers Tips Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara 28 Februari 2025 Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara Destinasi 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan 12 Februari 2025 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan Tips & Info Penerbangan Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan 20 Februari 2025 Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan

  • Pakej Pelancongan | Musafir Sedunia

    Pakej pelancongan harga berbaloi ke destinasi serata dunia seperti Jepun, Korea, Taiwan, Dubai, UK dan banyak lagi destinasi | Explore destinations around the world with our affordable travel package Pakej Percutian Ke Serata Dunia, Merentasi Benua Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Pilihan Popular Pakej Semua Musim Untuk 2025 / 2026 Hubungi Kami

  • Projek Mega Neom Di Arab Saudi | Musafir Sedunia

    Projek Mega Neom Di Arab Saudi | Neom Mega Project In Saudi Arabia Informasi Projek Pembangunan NEOM Projek Mega Futuristik Di Arab Saudi Gambaran konsep projek The Line NEOM di Arab Saudi. Kredit Foto: NEOM Oleh Team Musafir Sedunia 15 Februari 2025 Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Artikel NEOM ialah sebuah projek bercita-cita tinggi iaitu bandar mega di barat laut Arab Saudi dan merupakan komponen utama dalam inisiatif Wawasan 2030 oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman. Projek ini bertujuan untuk menjadikan rantau ini sebagai hab global bagi inovasi, kelestarian dan kepelbagaian ekonomi. Dengan keluasan lebih 26,500 kilometer persegi—hampir sebesar Belgium—NEOM berkomitmen terhadap kehidupan bandar lestari yang mengintegrasikan teknologi canggih, tenaga boleh diperbaharui dan model ekonomi sifar karbon. Namun, perkembangan terkini menunjukkan terdapat perubahan ketara daripada perancangan asalnya. Komponen Utama NEOM 1) The Line The Line merupakan pembangunan utama dalam NEOM yang pada asalnya dirancang sebagai sebuah bandar linear sepanjang 170 kilometer dengan dua pencakar langit selari setinggi 500 meter yang mempunyai fasad cermin. Bandar ini direka untuk menempatkan sembilan juta penduduk dalam persekitaran bebas kenderaan dan sifar karbon yang sepenuhnya dikuasakan oleh tenaga boleh diperbaharui. Namun, laporan terkini menunjukkan projek ini telah dikurangkan dengan ketara. Fasa pertama kini dijangka meliputi hanya 2.4 kilometer dan akan menempatkan sekitar 300,000 penduduk menjelang 2030, sementara pembangunan penuh sepanjang 170 kilometer telah ditangguhkan ke 2045. 2) Oxagon Oxagon dirancang sebagai struktur terapung terbesar di dunia dan merupakan sebuah bandar pelabuhan berbentuk oktagon di Laut Merah. Ia bertujuan menjadi hab perdagangan global dengan memupuk industri berasaskan tenaga boleh diperbaharui, pembuatan maju dan teknologi canggih. Pelabuhan ini dijangka memanfaatkan automasi dan kecerdasan buatan untuk memperkemas operasi logistik serta rantaian bekalan. Baca: Kuota jemaah haji seluruh dunia - Bagaimana ia ditentukan? Gambaran konsep projek Pusat Ski Tojena di Arab Saudi . Kredit foto: Business Times 3)Trojena Trojena ialah projek pusat peranginan ski inovatif yang terletak di Pergunungan Sarwat. Ia telah dipilih sebagai lokasi penganjuran Sukan Musim Sejuk Asia 2029, menandakan pencapaian penting dalam industri pelancongan dan sukan Arab Saudi yang sedang berkembang. Resort ini akan menawarkan aktiviti rekreasi luar seperti bermain ski, berbasikal gunung dan mendaki, menjadikan NEOM sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia. 4) Sindalah Sindalah ialah pusat peranginan pulau mewah yang terletak di Laut Merah dan merupakan wilayah pertama NEOM yang siap dibangunkan. Dibuka kepada pelawat pada Oktober 2024, Sindalah menawarkan marina dengan 86 tempat berlabuh serta penginapan mewah, memenuhi keperluan komuniti kapal layar antarabangsa. Resort ini menekankan komitmen NEOM terhadap pelancongan lestari melalui integrasi infrastruktur dan amalan mesra alam. 5) Loji Hidrogen Hijau NEOM juga bakal menjadi peneraju dalam pengeluaran tenaga bersih melalui Loji Hidrogen Hijau, yang dijadualkan siap pada 2026. Kemudahan ini akan menjadi pengeluar hidrogen hijau terbesar di dunia dan memainkan peranan penting dalam peralihan Arab Saudi ke arah ekonomi sifar karbon. Loji ini akan menggunakan tenaga angin dan solar untuk menghasilkan hidrogen, menjadikan NEOM sebagai hab bagi penyelesaian tenaga lestari. Pusat peranginan mewah Sindalah di Laut Merah telah dibuka pada Oktober 2024 . Kredit Foto: Neom Walaupun mempunyai visi yang besar, NEOM menghadapi beberapa cabaran, termasuk peningkatan kos, halangan logistik dan perubahan garis masa projek. Pada asalnya dianggarkan menelan belanja $500 bilion, jumlah kos projek ini telah meningkat kepada beberapa trilion dolar, menyebabkan beberapa rancangan dikurangkan dan pelaksanaannya dilakukan secara berperingkat. Kebimbangan mengenai ketelusan, peralihan kepimpinan dan keyakinan pelabur turut memberi kesan kepada trajektori projek ini. Namun demikian, NEOM kekal sebagai salah satu tonggak utama transformasi ekonomi Arab Saudi. Dengan mengintegrasikan teknologi canggih, perancangan bandar lestari dan kerjasama strategik global, projek ini bertujuan menetapkan penanda aras baharu bagi bandar pintar dan lestari pada masa hadapan. Walaupun beberapa aspek NEOM telah ditangguhkan atau disemak semula, matlamat utamanya untuk kepelbagaian ekonomi dan kelestarian alam sekitar terus memacu kemajuan. Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia. Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda. Baca: 7 fakta menarik mengenai negara Korea Selatan Pelancongan: Ingin melancong ke Turkiye? Lihat promosi pakej pelancongan ke Turkiye Tags NEOM saudiarabia theline sindalah TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA Berita Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 26 Mac 2025 Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik Informasi 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers 16 Februari 2025 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers Tips Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara 28 Februari 2025 Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara Destinasi 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan 12 Februari 2025 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan Tips & Info Penerbangan Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan 20 Februari 2025 Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan

  • 10 Bandar Paling Dilawati Pada 2024 | Musafir Sedunia

    10 Bandar Paling Dilawati Pada 2024. 10 most visited cities in 2024. Informasi 10 Bandar Paling Dilawati Pada Tahun 2024 Kuala Lumpur berada di dalam senarai Menara Berkembar Petronas di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Kredit foto: Viator Oleh Team Musafir Sedunia 5 Disember 2024 Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Artikel Sektor pelancongan mencatatkan pemulihan berterusan pasca-covid mencapai 97% daripada jumlah bilangan pelancongan seperti era sebelum covid iaitu sebanyak 285 juta untuk tempoh Januari sehingga March 2024 berdasarkan data yang dikeluarkan oleh UN Tourism. Destinasi pilihan pelancong seterusnya menjadi tumpuan di mana menurut laman web geeksforgeeks.org telah menyenaraikan 10 Bandaraya paling dilawati untuk tahun 2024 setakat bulan Februari adalah seperti berikut: Baca: Gunung Fuji - Gunung Paling Popular Di Dunia? Pasar terapung popular di bandar Bangkok, Thailand. Sumber: Pinterest Berdasarkan ranking di atas, Bangkok merupakan bandar paling dilawati di dunia mana Kuala Lumpur berada di ranking ke-6 bandar paling dilawati. Secara ringkas, faktor kepelbagaian budaya, makanan eksotik, senibina unik, sejarah menarik serta gabungan aspek moden dan tradisional merupakan tarikan bandaraya KL untuk dilawati. Apa pandangan anda mengenai perkara ini? Kongsikan pada ruangan komen di laman social Facebook & X kami. Sumber: Geeksforgeeks Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia. Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda. Baca: 7 fakta menarik mengenai negara Korea Selatan Pelancongan: Ingin melancong ke Jepun? Lihat promosi pakej pelancongan ke Jepun Tags Backpacker Persepsi Solotraveler Backpack Hostel TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA Berita Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 26 Mac 2025 Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik Informasi 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers 16 Februari 2025 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers Tips Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara 28 Februari 2025 Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara Destinasi 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan 12 Februari 2025 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan Tips & Info Penerbangan Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan 20 Februari 2025 Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan

  • Membawa Powerbank Dalam Pesawat | Musafir Sedunia

    Membawa Powerbank Dalam Pesawat | Bringing a Powerbank on a Plane Info & Tips Penerbangan Membawa Powerbank Dalam Pesawat Peraturan Yang Perlu Anda Cakna Dan Patuhi Powerbank merupakan salah satu keperluan penting untuk setiap pelancong atau pengembara. Kredit foto: SBS Oleh Team Musafir Sedunia 4 Disember 2024 Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Artikel Powerbank atau pengecaj mudah alih adalah salah satu aksesori penting untuk setiap pelancong atau pengembara. Keperluan telefon pintar semasa melancong sememangnya memerlukan powerbank dibawa ke mana sahaja bagi mengelak kesulitan gajet ketiadaan sumber kuasa. Justeru itu, anda perlu tahu berkenaan peraturan untuk membawa powerbank untuk menaiki pesawat. Berikut ialah perkara utama yang perlu anda ketahui untuk membawa powerbank semasa : Kapasiti Dibenarkan: Powerbank biasanya dibenarkan untuk dibawa bersama beg/bagasi di dlam kabin pesawat selagi ia memenuhi kriteria tertentu: Kapasiti bateri tidak melebihi 100Wh(Watt-hours) berdasarkan peraturan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan(FAA) & Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa(IATA) Powerbank tidak mengalami kerosakan Mudah diakses untuk pemeriksaan keselamatan. Anda hanya boleh membawa power bank untuk kegunaan peribadi, bukan untuk dijual atau diedarkan. Baca: 5 taman tema paling thrill di dunia Peraturan berkenaan powerbank adalah berbeza di antara pengendali syarikat penerbangan . Kredit foto: Blogger at Large Penyimpanan : Anda hanya boleh menyimpan powerbank anda di dalam bagas/beg di dalam pesawat sahaja. Peraturan yang sama digunapakai untuk komputer riba, telefon pintar dan peralatan yang mengandungi bateri boleh dicas semula. Penyimpanan item powerbank di dalam bagasi yang memerlukan check in adalah tidak dibenarkan. Ini ada kerana item yang mengandungi bateri boleh cas semula berisiko untuk menghasilkan letupan seterusnya menghasilkan punca api kebakaran. Tambahan pula, sekiranya ia disimpan di ruangan kargo, sebarang isu berkaitan powerbank berpotensi membahayakan pesawat dan penumpang secara umumnya. Kuantiti : Anda tidak boleh membawa power bank dalam kuantiti yang banyak dan perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh syarikat penerbangan anda. Kebanyakan syarikat penerbangan hanya membenarkan seorang penumpang untuk membawa 1 atau 2 sahaja powerbank dalam beg/bagasi mereka pada satu-satu masa. Semak peraturan dengan syarikat penerbangan anda kerana peraturan berkaitan ini adalah berbeza di antara syarikat . Penggunaan: Sesetengah syarikat penerbangan tidak membenarkan penumpang menggunakan power bank di dalam kabin pesawat untuk mengecas gajet sebaliknya diminta untuk mengecas menggunakan USB port yang disediakan pada kerusi atau skrin media pesawat. Adalah penting untuk anda cakna sebagai penumpang untuk peraturan berkaitan powerbank atau peranti elektronik lain untuk dibawa bersama perjalanan pelancongan anda. Rujuk syarikat penerbangan anda untuk info lebih terperinci berkaitan peraturan syarikat. Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia. Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda. Baca: 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers Pelancongan: Ingin melancong ke Jepun? Lihat promosi pakej pelancongan ke Jepun Tags powerbank powerbankonflight peraturan TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA Berita Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 26 Mac 2025 Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik Informasi 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers 16 Februari 2025 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers Tips Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara 28 Februari 2025 Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara Destinasi 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan 12 Februari 2025 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan Tips & Info Penerbangan Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan 20 Februari 2025 Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan

  • Jeddah Tower - Bangunan Tertinggi Di Dunia | Musafir Sedunia

    Bakal bangunan tertinggi di dunia | The tallest building in the world in the future Destinasi Jeddah Tower Di Arab Saudi Bakal Menjadi Bangunan Tertinggi Di Dunia? Perbandingan Ketinggian Menara Jeddah dengan bangunan pencakar langit yang lain. Kredit foto: Green Prophet Oleh Team Musafir Sedunia 3 Januari 2025 Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Artikel Umum mengetahui Burj Khalifa di Dubai merupakan bangunan tertinggi di dunia ketika ini dari tahun 2010 dengan ketinggian 830m. Namun kedudukan ini akan berubah apabila sebuah bangunan baru yang lebih tinggi yang kini dalam proses pembinaan dijangka akan siap pada tahun 2028 atau 2029. Menara Jeddah, juga dikenali sebagai Burj Jeddah, adalah satu senibina baru yang bakal menonjol sebagai simbol cita-cita kejuruteraan moden dan inovasi. Terletak di Jeddah, Arab Saudi, pencakar langit ini dijangka akan mengubah rupa langit dan mencipta rekod baru sebagai bangunan tertinggi di dunia. Menara Jeddah yang kini dalam proses pembinaan. Kredit Foto: Thornton Tomasetti Baca: Korea Utara - Bolehkah Anda Melancong Ke Sana? Gambaran Projek Menara Jeddah direka untuk mencapai ketinggian menakjubkan 1,008 meter (3,307 kaki), menjadikannya bangunan pertama yang melebihi ketinggian 1 kilometer. Visi di sebalik reka bentuk monumental ini ialah arkitek terkenal Adrian Smith, yang telah mencipta struktur berlapis kaca yang ramping dengan asas segi tiga dan lekuk seperti sirip di sisi. Apabila siap, menara ini akan menempatkan hotel Four Seasons, apartmen kediaman, ruang pejabat, dan dek pemerhatian tertinggi di dunia, menjanjikan pengalaman yang tiada tandingan bagi penghuninya dan pelawatnya. Status Semasa Pembinaan Menara Jeddah . Walau bagaimanapun, projek ini menghadapi beberapa cabaran, termasuk isu tenaga kerja dan buruh yang menyebabkan proses pembinaan terhenti pada tahun 2018. Pembinaan disambung semula pada September 2023, dan menara kini telah mencapai tingkat ke-63, kira-kira satu pertiga daripada ketinggian yang dirancang. Projek ini dijangka siap pada 2029. Gambaran bahagian menara yang dalam proses pembinaan berbanding lakaran menara sebenar . Sumber: Thornton Tomasetti Butiran Penting Projek Pemilik: Projek ini diketuai oleh Syarikat Ekonomi Jeddah, dengan Putera Saudi, Al-Waleed bin Talal sebagai pengerusi. Butiran Teknikal: Menara ini akan mempunyai 165 tingkat di atas tanah, 59 lif (55 dek tunggal dan 4 dek berganda), dan kawasan lantai seluas 243,866 meter persegi (2,624,950 kaki persegi). Kos: Anggaran kos projek ini adalah sekitar SR 4.45 bilion (US$1.23 bilion). Menara Jeddah bukan sekadar pencakar langit; ia adalah satu kenyataan tentang cita-cita dan kepintaran manusia. Sebagai sebahagian daripada projek Jeddah Economic City yang lebih besar, ia bertujuan untuk mewujudkan hab untuk bangunan kediaman dan komersial, mengukuhkan status Jeddah sebagai sebuah bandar global. Ketika menara ini terus dalam proses pembinaan, ia menjanjikan untuk menjadi mercu tanda baru bagi rantau ini dan simbol kemajuan dan visi Arab Saudi untuk masa depan. Menara Jeddah adalah contoh cemerlang bagaimana seni bina moden boleh menolak batasan yang mungkin, mencapai ketinggian baru—secara literal dan kiasan. Rujukan: CNN , Dezeen , thorntontomasetti Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia. Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda. Baca: 30 destinasi wajib dilawati dalam tempoh hayat anda Pelancongan: Ingin melancong ke Taiwan? Lihat promosi pakej ke Taiwan Tags korea southkorea seoul nami kekorea TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA Berita Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 26 Mac 2025 Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik Informasi 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers 16 Februari 2025 Tips Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara 28 Februari 2025 Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara Destinasi 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan 12 Februari 2025 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan Tips & Info Penerbangan Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan 20 Februari 2025 Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan

  • 11 Tips Lancarkan Penerbangan Anda | Musafir Sedunia

    11 Tips Lancarkan Penerbangan Anda | 11 Tips to ease Your Flight journey Tips 11 Tips Untuk Lancarkan Penerbangan Anda Memastikan Ketenangan dan Keselesaan Sepanjang Perjalanan Kesesakan di lapangan terbang adalah perkara yang ingin dielakkan oleh setiap penumpang penerbangan. Kredit foto: Harian Metro Oleh Team Musafir Sedunia 2 Januari 2025 Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Artikel Pernahkah anda hadapi keadaan di mana anda terlewat ke lapangan terbang?Atau lapangan terbang terlalu sesak sehingga melambatkan proses check-in penerbangan anda?Mahu bersantai dan menjamu selera di lapangan terbang tetapi menghadapi kekangan masa? Ya berikut merupakan antara isu yang mungkin pernah dihadapi oleh mereka yang menaiki penerbangan sama ada untuk perjalanan ke luar negara ataupun domestik. Semestinya anda sebagai pelancong atau pengembara ingin menikmati momen anda dengan sebaik mungkin sebelum berlepas ke destinasi idaman anda. Di sini kami senaraikan tips dan petua untuk membantu anda melancarkan proses perjalanan penerbangan anda seterusnya menjadikan aktiviti perjalanan anda menyeronokkan dan tenang. 1. Rancang Perjalanan Dengan Teliti Ya anda pasti akan mengatakan ini adalah perkara yang biasa dilaksanakan tetapi sejauh mana anda merancang? Adakah perancangan anda itu betul? Adakah perancangan anda mengambilkira semua aspek termasuk aspek di luar kawalan seperti tempahan teksi/e-hailing , faktor trafik, cuaca dan musim percutian? Adakah tempoh sahlaku paspot anda melebihi 6 bulan sepanjang berada di destinasi? Ketahui butiran penerbangan anda, termasuk masa berlepas dan terminal dan sentiasa dapatkan maklumat terkini daripada syarikat sekiranya terdapat perubahan. 2. Tiba Awal Di Lapangan Terbang Sasarkan untuk tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya 2-3 jam sebelum penerbangan domestik dan 3-4 jam sebelum penerbangan antarabangsa. Ini memberi anda banyak masa untuk daftar masuk, keselamatan dan sebarang kelewatan yang tidak dijangka. Sekiranya anda ingin menjamu selera dan bersantai sebelum penerbangan, kehadiran seawal 6 jam sebelum penerbangan adalah digalakkan. Bagi penumpang penerbangan yang tinggal jauh luar dari Lembah Kelang, anda mungkin boleh bermalam sehari sebelum hari penerbangan di sekitar lapangan terbang atau kawasan berhampiran. Baca: Melancong Atau Mengembara Sendirian? Pintu perlepasan antarabangsa di KLIA 2. Kredit foto: MAHB 3. Semak Trafik Jalanraya Pantau keadaan trafik pada hari bertolak anda untuk memastikan anda keluar pada waktu yang tepat dengan masa yang mencukupi untuk sampai ke lapangan terbang. Kesesakan jalanraya ke lapangan terbang perlu diambilkira sekiranya anda perlu bergerak sewaktu peak hours waktu pagi dan petang hari bekerja. 4. Daftar Masuk (Check-in ) Dalam Talian Gunakan sistem daftar check-in dalam talian bagi penerbangan untuk menjimatkan masa di lapangan terbang. Kebanyakan syarikat penerbangan kini menyediakan perkhidmatan check-in atas talian membenarkan anda mendaftar masuk 24-48 jam sebelum penerbangan anda. 5. Mudahkan Akses Dokumen Perjalanan Simpan dokumen perjalanan, paspot dan pas masuk anda di bahagian beg yang mudah diakses. Kemaskan barang bawaan anda dengan cara yang memudahkan anda melalui pemeriksaan keselamatan. Asingkan barangan yang memerlukan pemeriksaan khas imigresen seperti peranti elektronik, barangan kemas dan jam tangan. 6. Sentiasa Dapatkan Maklumat Terkini Pantau status penerbangan melalui aplikasi atau laman web syarikat penerbangan anda untuk maklumat terkini. Sekiranya anda di lapangan terbang, sentiasa pantau papan makluman penerbangan dari masa ke semasa atau dapatkan maklumat dari kaunter rasmi syarikat penerbangan. 7. Ketahui Susun Atur Lapangan Terbang Biasakan diri anda dengan susun atur lapangan terbang, termasuk lokasi terminal dan pintu masuk anda. Mungkin anda sudah biasa dengan lapangan terbang di Malaysia tetapi sekiranya anda berada di lokasi asing luar negara, tip ini amatlah penting kepada anda. Ini boleh membantu anda menjimatkan masa dan mengelak daripada tersalah lokasi sekiranya anda hanya mempunyai masa yang singkat. Lawatan ke laman web lapangan terbang untuk peta lapangan terbang dapat memberikan idea sekiranya anda tidak pernah menjejakkan kaki ke lapanagn terbang tersebut. Adalah penting untuk mendapat maklumat terkini berkenaan penerbangan ketika di lapangan terbang. Kredit foto: KLIA2 8. Kekal Bertenaga Sepanjang Perjalanan Pastikan anda kekal bertenaga dengan mengambil makanan dan air secukupnya sebelum bertolak. Pastikan juga anda mendapat rehat yang mencukupi. Lokasi yang jauh dari kaunter check-in sehingga terminal pelepasan memerlukan perjalanan kaki yang banyak seterusnya adalah penting untuk cergas dan bersedia dari segi mental serta fizikal. 9. Bagasi Ringkas: Bagasi atau beg yang ringkas adalah penting bagi memudahkan pergerakan anda sepanjang perjalanan terutama ketika tiba di destinasi. 10. Kekal Tenang dan Teratur: Bertenang dan kekal teratur. Elakkan daripada tergesa-gesa dalam segala perkara terutama apabila ingin menaiki pesawat mahupun keluar daripada pesawat. Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia. Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda. Baca: 6 Sebab Selatan Thailand Jadi Tumpuan Rakyat Malaysia Pelancongan: Ingin melancong ke Jepun? Lihat promosi pakej pelancongan ke Jepun Tags penerbangan flight lancar tipspenerbangan traveltips TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA Berita Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 26 Mac 2025 Informasi 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers 16 Februari 2025 Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers Tips Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara 28 Februari 2025 Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara Destinasi 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan 12 Februari 2025 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan Tips & Info Penerbangan Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan 20 Februari 2025 Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan

  • Pakej Balkan | Musafir Sedunia

    Pakej pelancongan ke negara Balkan dengan harga yang menarik serta perkhidmatan yang memuaskan. Pakej ke negara Balkan untuk semua musim sepanjang tahun. Dubrovnik Croatia Order Now Rantau Balkan, Bandar-Bandar Tertua Di Dunia Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Lawatan Ke Beberapa Negara Balkan Menjelajah dan menyelusuri sejarah bandar-bandar tertua di dunia merangkumi beberapa negara seperti Albania, Bulgaria, Croatia, Macedonia, Bosnia Herzegovina, Montenegro & Slovenia Lokasi Tarikan Aktiviti Kredit: Croatia Holiday Pelayaran Mulakan perjalanan belayar di Teluk Kotor yang menakjubkan, menerokai pekan pantai yang menawan dan menikmati latar belakang pergunungan yang menakjubkan. Membeli Belah Terokai pelbagai bazaar yang meriah, pasar bersejarah yang menawarkan kraf tempatan, makanan tradisional dan melihat sekilas kepelbagaian budaya di negara-negara Balkan ini. Kredit:Shirsendu Shegupta Kredit: Sail Croatia Meneroka Lawati tasik dan air terjun yang indah, serta nikmati berjalan di laluan denai di beberapa Tapak Warisan Dunia UNESCO Menghayati Sejarah Pelbagai artifak dan bangunan bersejarah untuk dipelajari tentang keunikan setiap bandar di rantau Balkan Kredit: Tourism In Albania Dan Lain-lain Aktiviti Menarik Kredit: Kiwi Collection Dubrovnik, Croatia Bandar bersejarah yang menyimpan khazanah senibina ratusan tahun lamanya seperti Istana, biara, dan gereja; pengaruh Renaissance dan kaki lima berturap batu marmar Mostar, Bosnia & Herzegovina Senibina ikon unik bersejarah menjadi tarikan utama selain permandangan yang indah Kredit: Golden Saint Asia Sofia, Bulgaria Bandar dengan sejarah ratusan tahun , menggabungkan budaya tradisional Eropah Timur dengan pembangunan bandar moden. Kotor, Montenegro Bandar pantai yang indah di Montenegro, terletak di bahagian terpencil di Teluk Kotor, yang sering dianggap sebagai salah satu teluk yang paling indah di dunia. Kredit: Chapter Travel Dan Pelbagai Lagi Lokasi Kota & Tembok Dubrovnik Tembok Dubrovnik ialah satu siri tembok batu pertahanan yang terpelihara dengan baik di sekeliling bandar, menawarkan pemandangan Laut Adriatik yang menakjubkan dan mempamerkan sejarah zaman mediaval Eropah Kredit: Hoteles Taman Negara Tasik Plitvice Taman Negara Lakes Plitvice, terletak di tengah Croatia, terkenal dengan rangkaian 16 tasik bertingkat yang menakjubkan yang dihubungkan oleh air terjun dan jeram, hutan yang subur, dan hidupan liar yang pelbagai, menjadikannya Tapak Warisan Dunia UNESCO dan keajaiban semula jadi yang mesti dikunjungi. Kredit: Traveloka Jambatan Lama Stari Most Jambatan Uthmaniyyah abad ke-16 di Mostar, Bosnia dan Herzegovina, terkenal dengan gerbang yang elegan dan sebagai simbol warisan budaya dan seni bina bandar ini; ia telah dibina semula berikutan kemusnahannya semasa Perang Bosnia dan kini menjadi Tapak Warisan Dunia UNESCO. Kredit: Seoul Searching Tasik Ohrid Salah satu tasik tertua dan terdalam di Eropah, Tasik Ohrid di Macedonia terkenal dengan garis pantai yang indah, air yang jernih dan gereja purba. Kredit: KoreaToDo Dan Pelbagai Lagi Tarikan Sumber : Pinterest Pakej Semua Musim Untuk 2024 / 2025 Meneroka dunia yang baru? Merasai suasana persekitaran zaman Mediaval yang penuh keunikan? Lawatan semasa cuti persekolahan? Pakej semua musim kami sediakan bagi memenuhi permintaan anda. Hubungi kami untuk mendapat maklumat lanjut atau untuk tempahan. Hubungi Kami Penafian: Maklumat lawatan di atas merupakan maklumat secara umum. Lokasi/Tarikan/Aktiviti lawatan tertakluk pada terma dan syarat pihak pengendali lawatan. Tanda perniagaan/ logo/gambar yang tertera adalah hakmilik pemilik asal.

  • Terokai lebih banyak laluan antarabangsa | Musafir Sedunia

    Malaysia Airlines digesa terokai lebih banyak laluan antarabangsa | Malaysia Airlines to launch more international routes Berita Terokai Lebih Banyak Laluan Antarabangsa Cadangan Menteri Pengangkutan Kepada MAS Upacara peluncuran pesawat baru MAS Airbus A330-900neo pada 19 Disember 2024. Kredit foto: Malaysia Airlines Oleh Team Musafir Sedunia 24 Disember 2024 Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Artikel Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke Siew Fook telah mengumumkan bahawa Kerajaan Malaysia menggesa syarikat penerbangan Malaysia Airlines mengembangkan lagi laluan globalnya. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada matlamat yang lebih luas untuk meningkatkan hubungan antarabangsa Malaysia pada tahun yang akan datang. Loke menyatakan harapan bahawa Malaysia Airlines akan terbang ke semua lapangan terbang utama global dan secara khusus menyebut keinginan untuk memulakan semula penerbangan ke destinasi Eropah, dengan rancangan yang mungkin ditetapkan untuk tahun depan. Baca: 5 Taman Tema Paling Thrill Di Dunia Pesawat MAS di ruang pesawat KLIA Terminal 1. Kredit foto: KLIA2.info Pada pelancaran pesawat A330neo baru Malaysia Airlines, Loke menekankan peranan utama syarikat penerbangan dalam meningkatkan pelancongan ke Malaysia. Malaysia Airlines telah menghentikan kebanyakan Penerbangan Eropah dalam penstrukturan semula 2016, kecuali London. Sebagai pengendali global ke-20 A330neo, Malaysia Airlines merancang untuk menambah 20 pesawat ini ke dalam armadanya menjelang 2028. A330neo lebih cekap, menggunakan 11% lebih sedikit bahan api dan mengurangkan pelepasan berbanding model a330ceo yang lebih lama. Penerbangan pertamanya, MH149, dijadualkan untuk penerbangan dari Kuala Lumpur pada pukul 10.30 malam dan tiba di Melbourne, Australia, pada pukul 9.25 pagi keesokan harinya. Pesawat ini menawarkan 297 tempat duduk, dengan 28 dalam kelas perniagaan dan 269 dalam ekonomi. Sumber: Free Malaysia Today Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia. Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda. Baca: Arab Saudi Memulakan Pembinaan 'Bangunan Terbesar' Di Dunia Pelancongan: Ingin melancong ke Dubai? Lihat promosi pakej pelancongan ke Dubai Tags bagasi airport caam skuterbagasi klia TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA Berita Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 26 Mac 2025 Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik Informasi 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers 16 Februari 2025 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers Tips Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara 28 Februari 2025 Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara Destinasi 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan 12 Februari 2025 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan Tips & Info Penerbangan Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan 20 Februari 2025 Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan

Musafir Sedunia.jpg

Ikuti Kami

  • Facebook
  • X
  • Instagram

INFO, TIPS & BERITA PELANCONGAN / TRAVEL

 

© 2025 by Musafir Sedunia. All Rights Reserved.

Daftar Untuk Langgan Info Terkini di Email

Terima Kasih Kerana Melanggan!

bottom of page