top of page

Search Results

144 hasil ditemukan dengan carian kosong

  • Melancong atau mengembara sendirian | Musafir Sedunia

    Melancong atau mengembara sendirian?Mana satu pilihan anda? | Traveling or traveling alone? Which one do you prefer? Informasi Melancong Atau Mengembara Sendirian Kebebasan Atau Tiada Pilihan? Mengembara solo merupakan satu kebiasaan pada masa kini. Kredit foto: Quora Oleh Team Musafir Sedunia 6 Januari 2025 Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Artikel Solo traveler atau pengembara solo, merupakan individu yang bergerak atau bermusafir secara berseorangan tanpa ditemani oleh individu lain. Perjalanan secara solo biasanya dibuat oleh individu ke destinasi di atas urusan kerja, pembelajaran atau keluarga tetapi untuk bergerak secara solo bagi urusan melancong terutama ke luar negara, ianya bukan sesuatu yang dianggap biasa bagi masyarakat di negara ini. Apabila pengembara solo kali pertama mengumumkan hasrat mereka untuk mengembara sendirian, mereka sering menghadapi banyak soalan daripada keluarga dan rakan-rakan. Perkara utama ialah, "mengapa"? Persepsi masyarakat yang menganggap mengembara secara solo sebagai sesuatu yang tidak normal semestinya tidak membantu bagi individu yang ingin mencari kelainan atau kepuasan dalam melancong atau mengembara terutamanya di destinasi yang tidak pernah dijejaki. Mungkin bagi kebanyakan orang, bergerak secara berseorangan memberi tanggapan buruk terhadap individu tersebut seperti seorang yang ‘introvert’, tiada teman atau pentingkan diri. Pemikiran negatif lain seperti risau merasa sunyi jika keseorangan, sentiasa memerlukan orang lain dalam pelbagai keadaan dan tiada keyakinan diri turut menyumbang kepada anggapan tidak normal untuk mengembara secara solo. Baca: 7 negara yang selamat untuk dilawati oleh solo traveler Mengembara tanpa had antara kelebihan pengembaraan solo. Kredit foto: Eviva Tour Mengembara secara solo ternyata merupakan sesuatu yang menyeronokkan dan menjanjikan pengalaman yang lain berbanding mengembara secara berkumpulan atau bersama individu lain. Berikut antara sebab dan kelebihan mengembara secara solo: 1) Kebebasan Anda mempunyai kawalan penuh ke atas jadual perjalanan anda. Nak tukar pelan last minute? Perlu ke lokasi yang tidak begitu diminati?Majoriti ingin makan di restoran dengan menu yang tidak menepati citarasa anda? Perlu mengikut ahli kumpulan lain untuk shopping berjam lamanya? Anda dapat elakkan semua ini dengan kebebasan sebagai pengembara solo. Mengapa perlu terikat sedangkan anda sudah menghabiskan ribuan duit anda untuk ke destinasi pilihan anda? 2) Potensi Diri Perjalanan solo membolehkan anda mengetahui lebih lanjut tentang diri anda. Anda akan menghadapi cabaran, perlu membuat keputusan dan berhadapan perkara yang tidak dijangka. Anda akan dapati anda adalah lebih baik daripada apa yang anda fikir seterusnya menjadikan anda seorang yang lebih berpengalaman dan tidak panik dalam pelbagai situasi atau keadaan di masa kan datang. 3) Bertemu Orang Baru Apabila anda bersendirian, adalah lebih mudah untuk anda bertegur sapa dengan individu lain. Anda akan bertemu rakan pengembara, penduduk tempatan dan pekerja di premis yang anda lawati. Bertanya arah, maklumat, cadangan atau meminta bantuan untuk mengambil foto anda daripada individu lain dapat membiasakan diri anda dengan persekitaran di lokasi destinasi anda. Jika anda bertuah, anda dapat berkenalan dengan individu tempatan atau pengembara asing seterusnya meluaskan ‘networking ’ anda. Penginapan hostel antara pilihan utama penginapan pengembara solo. Kredit Foto: The Packable Life 4) Lawatan lebih komprehensif Perjalanan solo membuatkan anda mampu untuk melawat ke banyak tempat dalam sesuatu masa seterusnya menjadikan perjalanan anda lebih berbaloi tanpa terikat dengan kelewatan masa yang disebabkan oleh individu lain. Penjimatan masa semestinya sangat berharga untuk pengembara solo. 5) Penjimatan Kos Disebabkan semuanya dirancang oleh anda sendiri, anda mampu menjimatkan kos perjalanan anda untuk penginapan, pengangkutan, makanan serta perbelanjaan di lokasi pelancongan. Berdasarkan semua kelebihan di atas, semestinya mengembara secara solo untuk melancong adalah sesuatu yang menarik dan berbaloi. Seperti kebanyakan perkara, perancangan dan penelitian perlu dibuat sebelum anda merancang untuk mengembara atau melancong. Faktor kewangan, keselamatan negara destinasi, kesihatan diri dan banyak lagi perlu diambil kira untuk bermusafir secara solo. Ada pengalaman atau kenangan manis mengembara secara solo? Berikan komen anda pada ruangan komen Facebook atau X kami. Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia. Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda. Baca: 7 fakta menarik mengenai negara Korea Selatan Pelancongan: Ingin melancong ke Jepun? Lihat promosi pakej pelancongan ke Jepun Tags Backpacker pengembarasolo Solotraveler Backpack Hostel TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA Berita Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 26 Mac 2025 Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik Informasi 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers 16 Februari 2025 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers Tips Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara 28 Februari 2025 Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara Destinasi 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan 12 Februari 2025 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan Tips & Info Penerbangan Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan 20 Februari 2025

  • Laluan Penerbangan Paling sibuk 2024 | Musafir Sedunia

    Laluan Penerbangan Paling sibuk 2024 | Busiest Airline Route in the world 2024 Berita Laluan Penerbangan Paling Sibuk 2024 KL - Singapura Antara Laluan Penerbangan Tersibuk Di Dunia Laluan Penerbangan Hong Kong ke Taipei merupakan laluan penerbangan paling sibuk di dunia bagi tahun 2024. Kredit Foto: Simple Flying Oleh Team Musafir Sedunia 19 Disember 2024 Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Artikel Analisis laluan penerbangan global 2024 menilai trafik penerbangan merentasi laluan antarabangsa dan domestik di mana penyelidikan akan membandingkan jumlah laluan antara set data semasa, pra-pandemik (2019), dan tahun sebelumnya (2023). Penyelidikan oleh pihak OAG ini, memberi tumpuan kepada laluan [penerbangan dengan kapasiti yamg tinggi, khususnya menonjolkan corak laluan di China dan pasaran Penerbangan Amerika Syarikat.Kajian komprehensif menjejaki pergerakan penumpang dan kepentingan laluan melalui metrik kuantitatif terperinci, menawarkan profesional industri dan pandangan pelancong ke dalam trend pengangkutan global. Baca: 7 Negara Selamat Untuk Pengembara Solo Pesawat singapore Airlines di KLIA . Kredit Foto: KLIA2 Pada tahun 2024, landskap laluan syarikat penerbangan global mempamerkan perubahan dinamik dalam corak perjalanan antarabangsa. Tujuh daripada 10 laluan antarabangsa paling sibuk di dunia berada di Asia Pasifik, walaupun kapasiti tempat duduk di banyak laluan tersebut masih belum pulih ke tahap 2019. Hong Kong-Taipei adalah laluan penerbangan antarabangsa yang paling sibuk, diikuti oleh Kaherah-Jeddah. Laluan yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura, yang merupakan laluan antarabangsa paling sibuk pada tahun 2023, bergerak ke tempat keempat, dengan tempat duduk 3% di bawah tahap 2019. Bangkok ke Hong Kong, laluan ketujuh paling sibuk, juga tidak dipulihkan sepenuhnya, baki 13% di belakang Kapasiti pra-pandemik. Kedudukan disusun dengan mengira jumlah tempat duduk syarikat penerbangan yang tersedia di kedua-dua arah di setiap laluan. Sumber: OAG Aviation Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia. Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda. Baca: 7 fakta menarik mengenai negara Korea Selatan Pelancongan: Ingin melancong ke Dubai? Lihat promosi pakej pelancongan ke Dubai Tags prohibiteditems barangdilarang bagasi Backpack imigresen TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA Berita Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 26 Mac 2025 Informasi 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers 16 Februari 2025 Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers Tips Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara 28 Februari 2025 Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara Destinasi 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan 12 Februari 2025 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan Tips & Info Penerbangan Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan 20 Februari 2025 Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan

  • Kuota Haji | Musafir Sedunia

    Penentuan kuota haji | How Hajj quota determined Informasi Kuota Haji Mengikut Negara Bagaimana Pembahagian Kuota Dibuat Terminal Ketibaan Haji di Jeddah, Arab Saudi. Foto: The National Oleh Team Musafir Sedunia 31 Disember 2024 Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Artikel Haji merupakan ibadah yang penting kepada umat Islam dan salah satu rukun Iman yang wajib dipatuhi sekiranya berkemampuan. Ibadah yang mana pelaksanaannya dilakukan di Kota Mekah selama 5 hari bermula 8 sehingga 12 Zulhijjah mengikut Kalendar Hijrah Islam, seterusnya menjadikan Mekah sebagai destinasi tumpuan untuk ibadah ini pada satu-satu masa. Justeru itu, kerajaan Arab Saudi menetapkan kuota untuk jumlah bilangan jemaah yang dibenarkan untuk menunaikan ibadah haji saban tahun mengikut negara di seluruh dunia. Kuota haji bagi setiap negara ditentukan oleh kerajaan Arab Saudi berdasarkan penduduk Islam negara tersebut. Secara amnya, peraturannya adalah untuk memperuntukkan seorang jemaah haji bagi setiap 1,000 orang Islam. Sistem ini telah dipersetujui pada mesyuarat menteri luar Pertubuhan Persidangan Islam pada tahun 1987 sehingga kini. Ini memastikan pengagihan yang adil dan membolehkan umat Islam dari seluruh dunia menyertai ibadah haji. Baca: Menara Kawal Udara Di Lapangan Terbang - Apakah Peranan Dan Fungsinya? Suasana di Mina, Arab Saudi ketika musim haji . Kredit foto: Arab News Pakistan Setiap negara kemudiannya menguruskan kuota yang diperuntukkan, berdasarkan prosedur yang ditetapkan oleh pihak berkuasa setiap negara. Bagi kuota rakyat Malaysia, Tabung Haji merupakan perbadanan yang bertanggungjawab menentukan giliran jemaah untuk menunaikan haji berdasarkan garispanduan dan syarat yang telah ditetapkan. Bagi Musim Haji 2024, kuota untuk pelbagai negara ditentukan berdasarkan populasi penduduk beragama Islam yang direkodkan di negara masing-masing. Berikut ialah kuota bilangan jemaah yang diperuntukkan kepada negara yang berbeza: Indonesia: 221,000 Pakistan: 180,000 India: 175,025 Bangladesh: 127,198 Nigeria: 95,000 Iran: 87,550 Turki: 37,770 Mesir: 35,375 Malaysia: 31,600 Sudan: 32,000 Rusia: 25,000 United Kingdom: 12,348 Amerika Syarikat: 9,504 Berdasarkan peruntukan jemaah di atas, semestinya negara yang mempunyai populasi penduduk beragama Islam yang tinggi diberikan kuota haji yang banyak seperti Indonesia dan Pakistan. Walaubagaimanapun, faktor lain seperti hubungan politik negara tersebut dengan kerajaan Arab Saudi dan permintaan tambahan khas turut mempengaruhi pembahagian kuota jemaah haji dari masa ke semasa. Peningkatan bilangan jemaah menunaikan haji meningkat saban tahun atas permintaan yang kekal tinggi daripada jemaah seluruh dunia. Kemuncak ibadah Haji di Arafah, Arab Saudi. Kredit Foto: NU Online Jabar Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia. Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda. Baca: 7 Negara Selamat Untuk Pengembara Solo Pelancongan: Ingin menunaikan umrah? Lihat promosi pakej umrah Tags hajj pilgrimage haji umrah mekah TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA Berita Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 26 Mac 2025 Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik Informasi 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers 16 Februari 2025 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers Tips Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara 28 Februari 2025 Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara Destinasi 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan 12 Februari 2025 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan Tips & Info Penerbangan Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan 20 Februari 2025 Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan

  • 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan | Musafir Sedunia

    Fakta menarik mengenai korea Selatan. Pelancongan ke Korea Selatan Destinasi 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan Terdapat Satu-satunya Taman Berkaitan Kesuburan Di Dunia Panorama bandaraya Seoul di Korea Selatan. Kredit foto: TEC Taiwan Oleh Team Musafir Sedunia 7 Februari 2025 Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Artikel Korea Selatan merupakan salah satu destinasi kegemaran rakyat Malaysia untuk melancong ke luar negara. Faktor sejarah & kebudayaan, pengaruh industri drama & muzik K-Pop, makanan eksotik serta cuaca 4 musim antara faktor penyebab korea popular di kalangan rakyat Malaysia. Di sebalik kesemua tarikan serta faktor di atas, terdapat beberapa fakta unik berkenaan Korea yang mungkin anda belum tahu yang berbeza dengan destinasi pelancongan lain. Berikut adalah di antara beberapa fakta unik berkenaan Korea: Istana Gyeongbokgung merupakan istana diraja utama Dinasti Joseon (1392 - 1897). Kredit foto: US Travel News Baca: Inflasi Dan Pelancongan 1. Sejarah Dinasti Diraja : Seperti kebanyakan negara dan wilayah lain di dunia, Korea pernah ditadbir oleh dinasti diraja selama ribuan tahun bermula dengan dinasti Gojoseon (2333 Sebelum Masihi) dan yang terakhir Empayar Korea sehingga tahun 1910 sebelum penaklukan oleh Empayar Jepun. 2. Asal-usul Nama : Nama "Korea" berasal daripada "Goryeo," iaitu nama salah satu dinasti yang ditubuhkan pada tahun 918. Ia bermaksud "tinggi dan jelas." Tafsiran puitis termasuk "Tanah Pergunungan Tinggi dan Aliran Berkilauan" dan "Tanah Tenang Pagi" . 3. Tiada larangan minum minuman alkohol di tempat awam: Tiada kesalahan bagi seorang individu untuk minum alkohol di khalayak ramai. Orang Korea Selatan boleh membawa bekas terbuka minuman kegemaran mereka tanpa ditahan oleh pihak berkuasa . 4. Obsesi Kosmetik : Sebagai pusat destinasi kosmetik paling popular di dunia, lelaki dan wanita Korea Selatan gemar menggunakan peralatan mekap, di mana jumlah keseluruhan perbelanjaan daripada golongan lelaki adalah hampir AS$900 juta setahun, atau satu perempat daripada kosmetik lelaki di dunia. 20% daripada populasi lelaki Korea dilaporkan kerap menggunakan alat solek . Taman Zakar yang terkenal di Wilayah Gangwon . Sumber: Theworld.org 5. Taman Zakar : Terdapat sebuah Taman di Haesindang yang penuh dengan patung zakar, dan restoran bertemakan zakar di Deulmusae. Wanita yang baru berkahwin percaya menyentuh hidung patung membawa kesuburan . Taman ini merupakan satu-satunya taman bertemakan zakar di dunia. 6. Lakonan Semula Kejadian Jenayah: Korea Selatan mengamalkan "lakonan semula jenayah" di mana Suspek dibawa ke tempat kejadian dalam keadaan bergari untuk melakonkan semula jenayah secara terbuka, dan mendapat liputan media pada masa yang sama . 7. Jjimjilbang: Gelaran untuk rumah mandian awam ini menawarkan pengalaman bersantai yang unik dengan pelbagai sauna, tab mandi panas dan ruang tidur . Di sini pengunjung akan mandi secara campuran di kolam yang disediakan tanpa mengenakan sebarang pakaian. Rujukan: britannica.com , factretriever.com , facts.net Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia. Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda. Baca: 6 Sebab Selatan Thailand Jadi Tumpuan Rakyat Malaysia Pelancongan: Ingin melancong ke Korea Selatan? Lihat promosi pakej Tags korea southkorea seoul nami kekorea TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA Berita Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 26 Mac 2025 Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik Informasi 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers 16 Februari 2025 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers Tips Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara 28 Februari 2025 Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara Destinasi 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan 12 Februari 2025 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan Tips & Info Penerbangan Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan 20 Februari 2025 Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan

  • Air Busan Terbakar Di Korea Selatan

    Air Busan Terbakar Di Korea Selatan | Air Busan Terbakar Di Korea Selatan Berita Pesawat Terbakar Sebelum Berlepas Tragedi Berlaku Di Korea Selatan Rangka pesawat Air Busan yang terbakar sebelum berlepas di Gymhae International Airport, Korea Selatan. Kredit Foto: NYT Oleh Team Musafir Sedunia 18 Januari 2025 Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Artikel Pada 28 Januari 2025, sebuah pesawat Air Busan Airbus A321-200, yang berdaftar sebagai HL7763, terbakar di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae di Busan, Korea Selatan, ketika bersiap untuk berlepas ke Hong Kong. Kebakaran bermula di bahagian ekor pesawat sekitar jam 10:26 malam waktu tempatan dan merebak ke badan pesawat. Kesemua 176 individu di dalam pesawat—169 penumpang, enam anak kapal, dan seorang jurutera—berjaya dipindahkan menggunakan gelongsor kecemasan. Seramai tujuh orang mengalami kecederaan ringan semasa pemindahan kecemasan, termasuk empat anak kapal yang mengalami ketidakselesaan di dada akibat penyedutan asap dan tiga penumpang yang mengalami sakit belakang. Baca: Segalanya mengenai kempen Visit Malaysia 2026 (VM2026) Rangka pesawat Air Busan selepas kejadian kebakaran sebelum berlepas . Sumber: AP Pasukan bomba tiba dengan segera dan berjaya memadamkan kebakaran dalam masa kurang daripada satu jam. Punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan oleh Kementerian Pengangkutan Korea Selatan. Airbus, selaku pengeluar pesawat, telah menyatakan bahawa mereka menyedari insiden ini dan sedang bekerjasama dengan Air Busan untuk membantu pihak berkuasa dalam siasatan. Insiden ini berlaku sebulan selepas nahas udara paling dahsyat di Korea Selatan, apabila sebuah pesawat Jeju Air terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, menyebabkan banyak korban jiwa. Air Busan ialah sebuah syarikat penerbangan tambang rendah dan anak syarikat Asiana Airlines, yang telah diambil alih oleh Korean Air pada Disember 2024. Sumber: AP Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia. Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda. Baca: Info berkaitan MyBorderPass QR Code Pelancongan: Ingin melancong ke Dubai? Lihat promosi pakej pelancongan ke Dubai Tags lawildfires kebakaranbesarlosangeles california berita terkini TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA Berita Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 26 Mac 2025 Informasi 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers 16 Februari 2025 Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers Tips Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara 28 Februari 2025 Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara Destinasi 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan 12 Februari 2025 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan Tips & Info Penerbangan Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan 20 Februari 2025 Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan

  • Pakej UK | Musafir Sedunia

    Covent Garden London Order Now Destinasi Impian, Penuh Keunikan Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Negara Signifikan Dengan Rakyat Malaysia Big Ben? London Bridge? Oxford University? Battersea Power Station? English Premier League? Ya semua ini sememangnya signifikan dengan rakyat Malaysia secara tidak langsung. Jadikan destinasi-destinasi tersebut sebagai destinasi pelancongan anda. Lokasi Tarikan Aktiviti Kredit: Kiwi Collection Melawat Stadium Alami pengalaman tidak ternilai dengan lawatan ke stadium pilihan anda dan merasai perlawanan bolasepak English Premier League (EPL)* Membeli Belah Rasai pengalaman membeli belah di pusat membeli belah atau bazar ikonik seperti Borough Market, Covent Garden, Camden Market dan banyak lagi. Kredit: Secret London Menghayati Sejarah Lawatan ke tempat-tempat bersejarah dan muzium terkenal di London dan Edinburgh Makanan Eksotik Menikmati makanan eksotik Halal dan pelbagai di bandar-bandar besar United Kingdom Kredit: Chapter Travel Dan Lain-lain Aktiviti Menarik Kredit: Kiwi Collection London Bandaraya paling popular di dunia yang tidak perlu diperkenalkan lagi sebagai destinasi pelancongan, perniagaan dan moden yamh menarik Glasgow Bandar terbesar di Scotland, terkenal dengan sejarah, hasil kesenian, seni bina yang menakjubkan dan budaya yang menarik Kredit: Golden Saint Asia Cardiff Cardiff, ibu negeri Wales, terkenal dengan warisan budayanya yang kaya dan keindahan alam yang mempesonakan Edinburgh Edinburgh, ibu negeri Scotland, adalah destinasi yang menawan dengan sejarah yang kaya, seni bina yang memukau, dan pelbagai pengalaman unik seperti menerokai Old Town, mengunjungi Edinburgh Castle, dan menikmati suasana Festival Edinburgh Kredit: Chapter Travel Dan Pelbagai Lagi Lokasi Big Ben Big Ben, menara jam ikonik di Istana Westminster di London, adalah mercu tanda yang mesti dilihat yang melambangkan warisan British dan menawarkan pemandangan yang menakjubkan, terutama ketika diterangi lampu pada waktu malam Kredit: Hoteles London Bridge Jambatan London, yang terkenal dengan reka bentuknya yang ikonik dan bersejarah, menghubungkan kawasan di sepanjang Sungai Thames dan menawarkan pemandangan menakjubkan sambil menjadi tempat yang popular untuk bergambar berlatar belakangkan bandar London Kredit: Traveloka Trafalgar Square Trafalgar Square, pusat bandar London, terkenal dengan kolam air yang menarik, pelbagai acara budaya dan aktiviti yang menjadikannya destinasi wajib bagi pelancong yang ingin merasai suasana kota London. Kredit: Seoul Searching Stadium Wembley Stadium Wembley, yang ikonik di London, adalah salah satu stadium terbesar di dunia, terkenal sebagai tuan rumah acara sukan utama, konsert, dan persembahan, serta menawarkan pelawat pengalaman yang tidak dapat dilupakan melalui lawatan dan acara yang diadakan di dalamnya Kredit: KoreaToDo Dan Pelbagai Lagi Tarikan Sumber : Tosomeplacenew Pakej Semua Musim Untuk 2024 / 2025 Ingin melawat Stadium Kelab bolasepak kegemaran anda? Ingin merasai suasana bandar popular London? Menikmati sejarah dan suasana percutian yang tidak pernah dilawati sebelum ini? Lawatan semasa cuti persekolahan? Pakej semua musim kami sediakan bagi memenuhi permintaan anda. Hubungi kami untuk mendapat maklumat lanjut atau untuk tempahan. Hubungi Kami Penafian: Maklumat lawatan di atas merupakan maklumat secara umum. Lokasi/Tarikan/Aktiviti lawatan tertakluk pada terma dan syarat pihak pengendali lawatan. Tanda perniagaan/ logo/gambar yang tertera adalah hakmilik pemilik asal.

  • Pakej Europe | Musafir Sedunia

    Cote D'Azur France Order Now Menjelajah Seluruh Eropah Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Teroka Eropah Yang Penuh Sejarah Ingin merasai kereta api merentasi Eropah? Melawat destinasi-destinasi budaya menarik, senibina zaman medieval serta makanan yang eksotik? Jadikan lawatan ke Eropah satu kenyataan Lokasi Tarikan Aktiviti Kredit: Kiwi Collection Berbasikal Nikmati pengalaman menerokai kawasan pedalaman di Belanda yang indah dengan basikal, melalui ladang bunga, kincir angin dan kampung yang menawan. Menaiki Cruise Menyelusuri sungai Danube, sungai kedua terpanjang di Eropah, melalui bandar yang indah seperti Vienna, Budapest dan Bratislava, serta nikmati landskap dan mercu tanda bersejarah yang menakjubkan Kredit: Golden Saint Asia Menikmati Coklat Terkenal dengan coklat, nikmati keenakan coklat di beberapa kedai coklat terbaik, seperti Pierre Marcolini atau Neuhaus di Belgium Menghayati Sejarah Menikmati keunikan bangunan klasik mediaval dan renaissance di bandar-bandar utama Eropah Kredit: Chapter Travel Dan Lain-lain Aktiviti Menarik Kredit: Kiwi Collection France Rasai pengembaraan romantis di Paris, terokai chateaux yang menakjubkan di Lembah Loire atau bersantai di pantai sepanjang French Riviera. Netherland Hayati warisan seni Belanda melalui muzium yang terkenal di dunia, nikmati permandangan windmill yang indah dan terokai bandar yang menawan seperti Amsterdam dan Rotterdam. Kredit: Golden Saint Asia Belgium Lawati destinasi yang kaya dengan sejarah dan budaya sambil anda meneroka seni bina yang menakjubkan, muzium seni terkenal dan medan perang yang bersejarah. Germany Dari istana klasik Bavaria dan kaki lima bersejarah di Berlin kepada keindahan pemandangan Black Forest dan Lembah Rhine yang romantis, Germany menawarkan pelbagai pengalaman. Kredit: Chapter Travel Dan Pelbagai Lagi Lokasi Kredit: Hoteles Menara Eiffel Simbol ikonik Paris, menawarkan pemandangan bandar yang menakjubkan dari dek pemerhatiannya Istana Neuschwanstein Sebuah istana di Pergunungan Alps Bavaria yang memberi inspirasi kepada Istana di dalam animasi Disney. Kredit: Seoul Searching Anne Frank House Sebuah muzium di Amsterdam yang didedikasikan untuk diari zaman perang Anne Frank, terletak di bangunan tempat dia bersembunyi semasa Perang Dunia Kedua Grand Place Dianggap sebagai salah satu dataran yang paling cantik di Eropah, ia dikelilingi oleh guildhall yang mewah dan bangunan klasik yang menakjubkan di bandar Brussels Kredit: KoreaToDo Dan Pelbagai Lagi Tarikan Sumber : Pinterest Pakej Semua Musim Untuk 2024 / 2025 Ingin melawat destinas yang eksotik? Ingin merasai susana bandar klasik mediaval Eropah? Menikmati panorama indah yang tidak pernah dilihat sebelum ini? Lawatan semasa cuti persekolahan? Pakej semua musim kami sediakan bagi memenuhi permintaan anda. Hubungi kami untuk mendapat maklumat lanjut atau untuk tempahan. Hubungi Kami Penafian: Maklumat lawatan di atas merupakan maklumat secara umum. Lokasi/Tarikan/Aktiviti lawatan tertakluk pada terma dan syarat pihak pengendali lawatan. Tanda perniagaan/ logo/gambar yang tertera adalah hakmilik pemilik asal.

  • Pakej Taiwan | Musafir Sedunia

    Pakej pelancongan Taiwan dengan harga yang menarik serta perkhidmatan yang memuaskan. Pakej ke Taiwan untuk semua musim sepanjang tahun. Jiufen New Taipei Meneroka Taiwan Yang Unik Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Terokai Taiwan Mengikut Cara Anda Inilah Masanya Untuk Anda Meneroka Taiwan !! Pelancongan Menarik Dengan Aktiviti Yang Pasti Membuatkan Anda & Keluarga Teruja. Pengalaman Pelancongan Yang Pasti Kekal Sampai Bila-bila. Lokasi Tarikan Aktiviti Kredit: Kiwi Collection Meneroka Melawat destinasi alam semulajadi yang indah dan mempesonakan Membeli belah Dari bazaar, pasar malam sehingga ke pusat membeli belah, terdapat pelbagai pilihan untuk anda membeli belah di sini Kredit: Golden Saint Asia Menghayati Sejarah Melawat muzium dan tapak bersejarah di negara yang penuh dengan warisan Menikmati Makanan Kepelbagaian makanan eksotik Taiwan untuk dinikmati di restoren yang disahkan Halal oleh badan berwajib Kredit: Chapter Travel Dan Lain-lain Aktiviti Menarik Kredit: Kiwi Collection Taipei Bandar Utama di Taiwan yang terkenal dengan pusat membeli belah, pasar malam, rekreasi moden & tarikan kebudayaan Kaohsiung Bandar kedua terbesar di Taiwan yang terkenal dengan bangunan bersejarah & pusat kebudayaan Kredit: Golden Saint Asia Yilan Wilayah yang terkenal dengan pesisir pantai indah dan alam semulajadi Keelung Wilayah pelabuhan yang penuh dengan warisan kebudayaan, taman geotermal dan kolam air panas Kredit: Chapter Travel Kredit: Hoteles Memorial Chiang Kai Shek Monumen kebangsaan dan muzium berkenaan Chiang Kai Shek, pengasas dan presiden pertama Taiwan Taipei 101 Antara bangunan tertinggi di Asia dan terkenal dengan pusat membeli belah dan anjung tinjau di tingkat 89 Kredit: Traveloka Kredit: Seoul Searching Taman Geotermal Yehliu Taman yang terbentuk hasil hakisan batu-batuan oleh lautan selama lebih 4000 tahun Pasar Malam Shilin Pasar malam terkenal yang menawarkan pelbagai barangan untuk aktiviti membeli belah Kredit: Wikipedia Dan Pelbagai Lagi Tarikan Pakej Semua Musim Untuk 2024 / 2025 Ingin menjelajah tempat baru? Menikmati kesenian & kebudayaan? Rekreasi di Taman Tema? Lawatan semasa cuti persekolahan? Pakej semua musim kami sediakan bagi memenuhi permintaan anda. Hubungi kami untuk mendapat maklumat lanjut atau untuk tempahan. Hubungi Kami Penafian: Maklumat lawatan di atas merupakan maklumat secara umum. Lokasi/Tarikan/Aktiviti lawatan tertakluk pada terma dan syarat pihak pengendali lawatan. Tanda perniagaan/ logo/gambar yang tertera adalah hakmilik pemilik asal.

  • Berjaya Elak Tragedi KLM dan Air Canada | Musafir Sedunia

    Berjaya Elak Tragedi KLM dan Canada Air | KLM and Air Canada narrowly escape plane crash Berita KLM & Air Canada Elak Tragedi Nahas Kapal Terbang Berterusan Selepas Tragedi Azerbaijan Airline & Jeju Air Pesawat Air Canada yang tergelincir di Lapangan Terbang di Halifax, Nova Scotia, Canada. Kredit Foto: 93.1 The Border Oleh Team Musafir Sedunia 29 Disember 2024 Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Artikel Dunia baru Sahaja dikejutkan dengan insiden 2 pesawat terhempas melibatkan Azerbaijan Airline & Jeju air yang meragut ratusan nyawa pada minggu lalu. Terkini, Di 2 lokasi berasingan, dua syarikat penerbangan utama KLM Royal Dutch Airlines dan Air Canada menghadapi masalah teknikal, tetapi dengan tidakan pantas dan kepakaran juruterbang serta anak kapal pesawat, insiden tidak diingini Berjaya dielak dan dihindari. Insiden-insiden yang berlaku pada akhir tahun 2024 ini mencetuskan debat dan perbincangan berkenaan kepentingan peningkatan keselamatan dan penyelenggaraan pesawat komersial daripada standard sedia ada. Masalah Teknikal 2 Pesawat KLM Petang Ahad 29 Disember 2024, dua penerbangan KLM Royal Dutch Airlines kembali dengan selamat ke Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam berikutan masalah teknikal. Penerbangan KLM KL835, pesawat Boeing 777-306 (ER) dalam perjalanan ke Bali dengan perhentian di Singapura, berlepas pada pukul 9:54 malam waktu tempatan. Ketika pesawat itu melalui ruang udara Jerman, juruterbang memaklumkan terdapat masalah teknikal pada pesawat , mendorong pesawat untuk kembali mendarat ke Schiphol. Pesawat yang didaftarkan sebagai PH-BVS, mempunyai sejarah perkhidmatan selama hampir 8 tahun dan dilengkapi dengan enjin GE90. Pada masa yang sama, Penerbangan KLM KL895, menuju ke Shanghai, berlepas dari Schiphol pada pukul 2:33 petang kemudiannya menghadapi komplikasi berkaitan sistem penapisan air semasa terbang di atas Azerbaijan seterusnya menyebabkan pesawat dipusingkan dan kembali ke destinasi asal di Schiphol, Belanda. Baca: Tips Penting Packing Bagasi Pesawat KLM Airline yang berpengkalan di Belanda. Kredit Foto: KLM Kedua-dua insiden ini berlaku hanya sehari selepas pesawat KLM yang lain mengalami kesukaran di laluan Oslo-Amsterdam. Bunyi yang luar biasa semasa berlepas menyebabkan pengalihan ke lapangan terbang Norway yang berbeza. Pesawat itu berbelok dari landasan dengan kelajuan rendah, berhenti di rumput bersebelahan. Pasukan kecemasan dengan cekap mengevakuasi enam anak kapal dan semua penumpang, yang kemudiannya diangkut ke Amsterdam. Masalah pada gear pendaratan pesawat Air Canada Dalam insiden berasingan malam sebelumnya, Penerbangan Air Canada Express AC2259 melaporkan masalah gear pendaratan yang berlaku semasa tiba di lapangan terbang Antarabangsa Halifax Stanfield di Nova Scotia. Penerbangan itu, yang berlepas dari St. John's, Newfoundland, membawa 73 penumpang, tergelincir di landasan dengan penumpang pesawat tersebut mendapati api yang menjulang di sebelah kiri pesawat. Pesawat itu, De Havilland DHC-8-402 yang dikendalikan oleh PAL Airlines, tidak berjaya mendarat sehingga ke terminal menyebabkan penumpang terpaksa dihantar ke terminal menggunakan bas sebagai langkah memastikan keselamatan mereka. Landasan tersebut ditutup sementara, menjejaskan beberapa jadual penerbangan, sebelum dibuka semula. Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kanada sedang menyiasat kejadian itu, setelah menghantar pasukan ke tapak nahas. Walaupun tiada kecederaan dilaporkan, Air Canada menyatakan kebimbangan mengenai pengalaman yang mengganggu penumpang dan memastikan sokongan berterusan. Sumber: Aviation A2Z Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia. Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda. Baca: 7 fakta menarik mengenai negara Korea Selatan Pelancongan: Ingin melancong ke Jepun? Lihat promosi pakej pelancongan ke Jepun TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA Berita Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 26 Mac 2025 Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik Informasi 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers 16 Februari 2025 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers Tips Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara 28 Februari 2025 Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara Destinasi 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan 12 Februari 2025 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan Tips & Info Penerbangan Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan 20 Februari 2025

  • The Mukaab | Musafir Sedunia

    Pembinaan Mukaab bangunan terbesar di dunia bermula | Construction of The Mukaab, world's largest building begins Berita Arab Saudi Memulakan Pembinaan 'Bangunan Terbesar' Di Dunia Bakal Menjadi Ikon Timur Tengah The Mukaab, bangunan bersaiz besar dan unik yang sedang dibina Arab Saudi. Sumber: Radangtangsel Oleh Team Musafir Sedunia 6 Disember 2024 Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Artikel Arab Saudi secara rasminya telah memulakan pembinaan The Mukaab , sebuah bangunan berbentuk kiub monumental dengan ketinggian 400 meter serta mempunyai rekabentuk mengagumkan. Jika siap dibina, The Mukaab akan menjadi struktur terbesar di dunia yang pernah dibina. Terletak di ibu kota Riyadh, pencakar langit ini akan merangkumi dua juta meter persegi ruang lantai yang menakjubkan, bersamaan dengan dua puluh kali ganda bangunan Empire State yang ikonik di New York seterusnya mampu memuatkan sejumlah bangunan tersebut di dalamnya. Baca: Ranking Syarikat Penerbangan Skytrax 2024 Konsep cadangan ruang dalaman The Mukaab. Sumber: New Murabba The Mukaab diunjurkan menelan perbelanja sekitar AS $50 bilion dan akan berfungsi sebagai pusat daerah bandar baharu yang dikenali sebagai New Murabba . Kawasan yang luas ini akan menampilkan lebih 25 juta meter persegi ruang lantai, termasuk rancangan untuk 104,000 rumah. Pembangunan ini bertujuan untuk menyediakan gabungan unik pengalaman membeli-belah, korporat dan budaya, menjadikannya hab perniagaan, pelancongan dan keluarga. Direka bentuk sebagai "destinasi hospitaliti premium," The Mukaab akan mempunyai ruang atrium pusat seterusnya memberikan pengalaman menarik untuk pengunjung dan penduduk. Reka bentuk unik pelbagai rupa bangunan ini dijangka akan menjadi pusat untuk pelbagai sektor perniagaan, memastikan ia menjadi tumpuan untuk pelawat tempatan dan antarabangsa. Sumber: Hindustan Times Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia. Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda. Baca: 7 Negara Selamat Untuk Pengembara Solo Pelancongan: Ingin melancong ke Taiwan? Lihat promosi pakej pelancongan ke Taiwan Tags mukaab newmubadala saudiarabia jeddah icon TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA Berita Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 26 Mac 2025 Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik Informasi 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers 16 Februari 2025 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers Tips Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara 28 Februari 2025 Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara Destinasi 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan 12 Februari 2025 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan Tips & Info Penerbangan Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan 20 Februari 2025 Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan

Musafir Sedunia.jpg

Ikuti Kami

  • Facebook
  • X
  • Instagram

INFO, TIPS & BERITA PELANCONGAN / TRAVEL

 

© 2025 by Musafir Sedunia. All Rights Reserved.

Daftar Untuk Langgan Info Terkini di Email

Terima Kasih Kerana Melanggan!

bottom of page