Search Results
144 hasil ditemukan dengan carian kosong
- Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara | Musafir Sedunia
Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara | Guide on bringing Drones Abroad on airplane Tips Membawa Drone Ketika Perjalanan Ke Luar Negara Prosedur dan Peraturan Yang Perlu Anda Tahu Drone memberikan alternatif fotografi dan video dari sudut berbeza. Kredit foto: Kingston Technology Oleh Team Musafir Sedunia 1 Januari 2025 Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Artikel Penggunaan drone atau pesawat udara tanpa pemandu memberikan perspektif foto atau video dari sudut yang tidak boleh dicapai dengan menggunakan kamera biasa mahupun kamera telefon pintar. Drone mengubah landskap dunia fotografi di mana melalui alat kawalan jauh (remote), ia boleh digunakan untuk mendapatkan gambar atau video dari pelbagai aspek tanpa had termasuk dari segi jarak dan ketinggian. Untuk penggunaan drone, terdapat beberapa perkara penting yang perlu anda ketahui sekiranya anda ingin membawa drone ketika ke luar negara. 1) Polisi & Peraturan Syarikat Penerbangan Ini merupakan aspek pertama yang perlu anda ketahui kerana sememangnya anda perlu membawa drone anda menggunakan bagasi dan dikendalikan oleh syarikat penerbangan. Setiap syarikat penerbangan mempunyai peraturan sendiri tentang membawa drone. Sesetengah membenarkan drone disimpan di dalam bagasi berdaftar, manakala yang lain hanya membenarkan mereka dalam bagasi yang dibawa ke dalam kabin pesawat. Berikutan perbezaan polisi di antara syarikat penerbangan, anda perlu menyemak dengan teliti berkenaan keperluan penyimpanan drone yang anda bawa. Baca: 5 Taman Tema Paling Thrill Di Dunia Drone dan aksesori berkaitan memerlukan beg atau bagasi khas yang tersendiri. Kredit foto: FINN Torget 2) Polisi Bateri Peranti Elektronik Bateri litium-ion, yang biasa digunakan dalam dron, mempunyai peraturan yang perlu dipatuhi. Secara amnya, bateri di bawah 100 watt-jam boleh dibawa ke dalam bagasi, tetapi untuk kapasiti di atas 100 watt mungkin memerlukan kebenaran khas daripada pihak syarikat penerbangan. Adalah penting untuk mendapatkan pengesahan daripada syarikat penerbangan kerana polisi & peraturan adalah berbeza di antara syarikat penerbangan seperti point nombor satu di atas. 3) Saiz Drone Kebanyakan drone adalah bersaiz kecil atau sederhana yang boleh dibawa hanya menggunakan bagpack biasa atau disimpan dalam bagasi bersaiz yang dibenarkan oleh syarikat penerbangan. Untuk dron bersaiz besar seperti drone industri, drone pertanian atau drone fotografi komersial, item dikira sebagai barangan bersaiz besar atau panjang yang memerlukan caj tambahan serta pembungkusan khas untuk dibawa menaiki pesawat. Sama seperti 2 point di atas, semakan dengan syarikat penerbangan perlu dibuat untuk membawa item bersaiz besar tersebut. 4) Undang-undang di destinasi Ini merupakan perkara paling penting untuk anda tahu. Fahami undang-undang penerbangan drone tempatan di destinasi anda. Sesetengah tempat memerlukan permit di mana pendaftaran drone perlu dibuat dan anda hanya boleh menggunakan drone selepas mendapat permit. Pemeriksaan dengan pihak kastam di negara destinasi juga perlu dibuat bagi mengelakkan sebarang isu yang timbul. Rampasan drone oleh pihak kastam di sesetengah negara sememangnya berlaku berdasarkan undang-undang yang tidak membenarkan drone dibawa masuk ke negara-negara tersebut. Adalah penting mematuhi peraturan setempat di destinasi berkaitan drone. Kredit foto: RC Geeks 5) Lokasi Larangan Drone Sekiranya anda berjaya memperoleh permit atau kebenaran untuk menggunakan drone di negara destinasi anda, anda perlu juga tahu mengenai kawasan-kawasan larangan untuk penerbangan drone. Semak dengan pihak berkuasa tempatan berkenaan perkara ini bagi megelakkan tindakan undang-undang dikenakan ke atas anda. 6) Pengendalian Drone Anda perlu mempunyai skil atau kepakaran yang bagus untuk mengendalikan drone terutama di negara asing. Sesetengah negara memerlukan pengendali drone untuk mempunyai lesen sama seperti lesen memandu. Adalah penting untuk menggunakan drone dengan cekap bagi mengelakan sebarang kemalangan atau perkara yang tidak diingini semasa anda berada di negara destinasi. Kesimpulannya, membawa drone ke luar negara atas pelbagai tujuan bukanlah sesuatu yang mudah dan memerlukan persiapan yang rapi untuk memudahkan urusan kerja serta perjalanan anda. Undang-undang dan peraturan syarikat penerbangan dan pihak berkuasa di negara destinasi amatlah penting untuk dipatuhi bagi mengelakkan kesulitan yang boleh menjejaskan perjalanan anda. Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia. Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda. Baca: Terlepas Penerbangan? Apa yang perlu anda lakukan Pelancongan: Ingin melancong ke Dubai? Lihat promosi pakej pelancongan ke Dubai Tags drone dronerules DJI RC aerialphotography TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA Berita Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 26 Mac 2025 Informasi 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers 16 Februari 2025 Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers Tips Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara 28 Februari 2025 Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara Destinasi 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan 12 Februari 2025 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan Tips & Info Penerbangan Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan 20 Februari 2025 Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan
- Destinasi | Musafir Sedunia
Segalanya berkenaan destinasi pelancongan di seluruh dunia | Everything about tourist destinations around the world Destinasi Landasan Kereta Api Terpanjang Di Dunia Pengembaraan Epik Kereta Api Merentasi Benua dan Zon Masa Destinasi 6 Mei 2025 Landasan Kereta Api Terpanjang Di Dunia 6 Mei 2025 Bangunan Merdeka 118 23 April 2025 Destinasi Menyelam Skuba Terbaik Asia 2025 26 April 2025 Festival Sepanjang Tahun Di Korea Selatan 22 April 2025 Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Lagi Destinasi
- 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan | Musafir Sedunia
Fakta menarik mengenai korea Selatan. Pelancongan ke Korea Selatan Destinasi 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan Terdapat Satu-satunya Taman Berkaitan Kesuburan Di Dunia Panorama bandaraya Seoul di Korea Selatan. Kredit foto: TEC Taiwan Oleh Team Musafir Sedunia 7 Februari 2025 Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Artikel Korea Selatan merupakan salah satu destinasi kegemaran rakyat Malaysia untuk melancong ke luar negara. Faktor sejarah & kebudayaan, pengaruh industri drama & muzik K-Pop, makanan eksotik serta cuaca 4 musim antara faktor penyebab korea popular di kalangan rakyat Malaysia. Di sebalik kesemua tarikan serta faktor di atas, terdapat beberapa fakta unik berkenaan Korea yang mungkin anda belum tahu yang berbeza dengan destinasi pelancongan lain. Berikut adalah di antara beberapa fakta unik berkenaan Korea: Istana Gyeongbokgung merupakan istana diraja utama Dinasti Joseon (1392 - 1897). Kredit foto: US Travel News Baca: Inflasi Dan Pelancongan 1. Sejarah Dinasti Diraja : Seperti kebanyakan negara dan wilayah lain di dunia, Korea pernah ditadbir oleh dinasti diraja selama ribuan tahun bermula dengan dinasti Gojoseon (2333 Sebelum Masihi) dan yang terakhir Empayar Korea sehingga tahun 1910 sebelum penaklukan oleh Empayar Jepun. 2. Asal-usul Nama : Nama "Korea" berasal daripada "Goryeo," iaitu nama salah satu dinasti yang ditubuhkan pada tahun 918. Ia bermaksud "tinggi dan jelas." Tafsiran puitis termasuk "Tanah Pergunungan Tinggi dan Aliran Berkilauan" dan "Tanah Tenang Pagi" . 3. Tiada larangan minum minuman alkohol di tempat awam: Tiada kesalahan bagi seorang individu untuk minum alkohol di khalayak ramai. Orang Korea Selatan boleh membawa bekas terbuka minuman kegemaran mereka tanpa ditahan oleh pihak berkuasa . 4. Obsesi Kosmetik : Sebagai pusat destinasi kosmetik paling popular di dunia, lelaki dan wanita Korea Selatan gemar menggunakan peralatan mekap, di mana jumlah keseluruhan perbelanjaan daripada golongan lelaki adalah hampir AS$900 juta setahun, atau satu perempat daripada kosmetik lelaki di dunia. 20% daripada populasi lelaki Korea dilaporkan kerap menggunakan alat solek . Taman Zakar yang terkenal di Wilayah Gangwon . Sumber: Theworld.org 5. Taman Zakar : Terdapat sebuah Taman di Haesindang yang penuh dengan patung zakar, dan restoran bertemakan zakar di Deulmusae. Wanita yang baru berkahwin percaya menyentuh hidung patung membawa kesuburan . Taman ini merupakan satu-satunya taman bertemakan zakar di dunia. 6. Lakonan Semula Kejadian Jenayah: Korea Selatan mengamalkan "lakonan semula jenayah" di mana Suspek dibawa ke tempat kejadian dalam keadaan bergari untuk melakonkan semula jenayah secara terbuka, dan mendapat liputan media pada masa yang sama . 7. Jjimjilbang: Gelaran untuk rumah mandian awam ini menawarkan pengalaman bersantai yang unik dengan pelbagai sauna, tab mandi panas dan ruang tidur . Di sini pengunjung akan mandi secara campuran di kolam yang disediakan tanpa mengenakan sebarang pakaian. Rujukan: britannica.com , factretriever.com , facts.net Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia. Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda. Baca: 6 Sebab Selatan Thailand Jadi Tumpuan Rakyat Malaysia Pelancongan: Ingin melancong ke Korea Selatan? Lihat promosi pakej Tags korea southkorea seoul nami kekorea TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA Berita Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 26 Mac 2025 Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik Informasi 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers 16 Februari 2025 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers Tips Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara 28 Februari 2025 Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara Destinasi 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan 12 Februari 2025 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan Tips & Info Penerbangan Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan 20 Februari 2025 Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan
- Negara Landlocked | Musafir Sedunia
Negara tanpa lautan | A country without an ocean Informasi Negara Landlocked Kekurangan Yang Dihadapi Dan Kesan Terhadap Ekonomi Laos merupakan satu-satunya negara di Asia Tenggara yang tiada pesisiran pantai. Kredit Foto: Asia Society Oleh Team Musafir Sedunia 3 Januari 2025 Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Artikel Malaysia merupakan negara yang dikelilingi lautan dan mempunyai banyak destinasi pantai yang indah selain beberapa pelabuhan yang menjadi pusat perdagangan penting. Dapatkah anda bayangkan jika Malaysia tiada lautan dan hanya dikelilingi daratan negara lain? Itulah negara landlocked atau negara tanpa lautan di mana tiada pesisiran pantai atau pelabuhan di negara tersebut. Terdapat 44 negara landlocked di dunia, dengan dua daripadanya dikenali negara landlocked dua kali ganda oleh lebih daripada 2 negara iaitu Liechtenstein dan Uzbekistan. Negara tanpa pesisir pantai atau lautan boleh mewujudkan kelemahan politik dan ekonomi, kerana ia menyekat akses terus ke perairan antarabangsa. Negara landlocked menghadapi beberapa kelemahan disebabkan kekurangan akses terus ke laut: 1. Cabaran Perdagangan Negara terkurung daratan bergantung pada negara jiran untuk akses ke pelabuhan dan laluan perdagangan antarabangsa. Pergantungan ini boleh menyebabkan kelewatan, birokrasi dan kos pengangkutan yang lebih tinggi seterusnya meningkatkan kos barangan dagangan. 2. Pengasingan Ekonomi Akses terhad kepada perdagangan maritim boleh menghalang pertumbuhan ekonomi. Negara landlocked sering bergelut untuk menarik pelaburan asing dan membangunkan industri yang berdaya saing. Baca: Pemulangan cukai tempatan ( Local Tax Refund) semasa melancong Majoriti negara landlocked merupakan negara membangun atau negara miskin . Kredit foto: Medium 3. Kos Infrastruktur: Membina dan menyelenggara infrastruktur pengangkutan (seperti jalan raya, kereta api dan saluran paip) untuk menyambung ke kawasan pantai adalah mahal dan memerlukan kerjasama dengan negara yang bersebelahan serta negara yang mempunyai akses pantai. Kos ini boleh membebankan belanjawan negara yang terkurung daratan. 4. Isu Geopolitik: Negara landlocked lebih terdedah kepada ketegangan dan konflik geopolitik. Akses ke laut boleh terganggu sekiranya terdapat pertikaian antara negara jiran. 5. Kos Transit Lebih Tinggi: Mengangkut barang dagangan melalui beberapa negara meningkatkan kos transit dan perlu bergantung kepada syarikat pengangkutan di negara yang dilalui. Negara landlocked sudah pasti perlu membayar lebih untuk caj kastam, tarif dan logistik. Switzerland antara negara terkaya dunia yang merupakan negara landlocked . Sumber: Freepik 6. Cabaran Pelancongan Kekurangan garis pantai mengehadkan potensi pelancongan. Destinasi pantai sering menarik lebih ramai pelancong atas faktor keindahan pantai, aktiviti sukan air dan pengalaman budaya. 7. Akses Terhad Kepada Sumber Lautan Negara yang terkurung daratan mungkin kekurangan akses kepada perikanan , seterusnya meningkatkan kos bahan mentah makanan dari sumber lautan. Walaupun kebanyakan negara landlocked merupakan negara yang membangun atau miskin, berikutan faktor di atas, terdapat beberapa negara landlocked yang berjaya mempelbagaikan ekonomi mereka, melabur dalam infrastruktur dan memupuk perkongsian serantau yang kukuh untuk mengurangkan kelemahan yang dihadapi seperti Switzerland dan Austria. Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia. Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda. Baca: 7 fakta menarik mengenai negara Korea Selatan Pelancongan: Ingin melancong ke Jepun? Lihat promosi pakej pelancongan ke Jepun Tags landlocked noseacountry countrieswithoutsea Switzerland TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA Berita Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 26 Mac 2025 Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik Informasi 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers 16 Februari 2025 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers Tips Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara 28 Februari 2025 Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara Destinasi 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan 12 Februari 2025 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan Tips & Info Penerbangan Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan 20 Februari 2025 Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan
- Tips | Musafir Sedunia
Segala tips berkaitan pelancongan & pengembaraan | Tips Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Itinerari Pintar dalam 60 Minit Tips Panduan Lengkap Merancang Perjalanan Anda 1 Jun 2025 Itinerari Pintar dalam 60 Minit 1 Jun 2025 Tips Melancong Untuk Pesakit Berisiko Jantung 25 April 2025 Tekanan & Kebimbangan Semasa Melancong 15 Mei 2025 Panduan Mengemas Bagasi Ke Luar Negara 18 April 2025 Lagi Tips
- Penggunaan Kod QR diperluas kepada pelancong dari negara ASEAN | Musafir Sedunia
Penggunaan Kod QR diperluas kepada pelancong dari negara ASEAN | QR codes use to enter Malaysia extended to tourists from ASEAN countries Berita Penggunaan Kod QR Diperluas Kepada Pelancong Dari Negara ASEAN Bermula Tahun 2026 Seiring Kempen Visit Malaysia 2026 Aplikasi MyBorderPass yang menggunakan sistem kod QR. Oleh Team Musafir Sedunia 12 Januari 2025 Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Artikel Dalam perkembangan menarik bagi pelancong dari negara-negara ASEAN, Malaysia akan memperkenalkan sistem pelepasan kod QR imigresen baru di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tahun depan untuk pelancong dari negara-negara ini. Pengumuman ini dibuat oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail awal hari ini. Sebagai sebahagian daripada persiapan untuk kempen Visit Malaysia 2026, sistem ini dijangka diperluaskan kepada pelancong dari negara ASEAN yang merupakan majoriti pelawat ke Malaysia. Selain itu, ia juga akan dilaksanakan di lapangan terbang antarabangsa utama lain di negara ini seperti Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Kuching, dan Langkawi selain Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 & Terminal 2. Baca: Segalanya mengenai kempen Visit Malaysia 2026 (VM2026) Pagar Elektronik bagi sistem MyBorderPass menggunakan kod QR di KLIA Terminal 1 . Sumber: threecirle "Kami mahu memastikan sistem menjadi stabil terlebih dahulu sebelum mengembangkannya. Tahun depan, dengan pelancaran Visit Malaysia 2026, kami menjangkakan kemasukan pengunjung yang ketara," kata Saifuddin Nasution. Keutamaan untuk menggunakan sistem kod QR pada mulanya akan diberikan kepada pelancong dari negara yang ditetapkan sebagai "risiko rendah". Tumpuan utama akan diberikan kepada negara-negara ASEAN, kerana majoriti pelancong adalah dari Singapura dan Thailand. Di samping itu, pelancong dari China dan India, yang juga membentuk sebahagian besar pelawat ke negara ini, akan mendapat manfaat daripada sistem QR ini juga. Perkembangan baru ini datang selepas Malaysia mencatatkan 30 juta pelawat yang memasuki negara ini tahun lepas. Dengan langkah-langkah imigresen yang dipertingkatkan ini, Malaysia terus menunjukkan komitmennya untuk meningkatkan pengalaman perjalanan untuk pelancong dan memastikan pemprosesan yang cekap di lapangan terbang seluruh negara. Sumber: Malay Mail Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia. Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda. Baca: Info berkaitan MyBorderPass QR Code Pelancongan: Ingin melancong ke Dubai? Lihat promosi pakej pelancongan ke Dubai Tags prohibiteditems barangdilarang bagasi Backpack imigresen TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA Berita Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 26 Mac 2025 Informasi 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers 16 Februari 2025 Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers Tips Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara 28 Februari 2025 Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara Destinasi 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan 12 Februari 2025 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan Tips & Info Penerbangan Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan 20 Februari 2025 Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan
- Ranking Syarikat Penerbangan 2024 | Musafir Sedunia
Ranking Syarikat Penerbangan 2024 | Airline Ranking 2024 Info & Tips Penerbangan Ranking Syarikat Penerbangan Skytrax 2024 Penilaian Kecemerlangan Penerbangan Lapangan terbang dan perkhidmatan syarikat penerbangan antara faktor penting yang dinilai. Kredit Foto: HKFP Oleh Team Musafir Sedunia 5 Disember 2024 Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Artikel Setiap tahun, Skytrax, sebuah organisasi penarafan pengangkutan udara yang terkenal, mendedahkan senarai syarikat penerbangan terbaik di dunia. Ranking ini sememangnya dinanti-nantikan oleh pengguna, pakar industri, dan peminat penerbangan, berikutan penyenaraian syarikat penerbangan yang sentiasa memberikan perkhidmatan cemerlang, inovatif dan pengalaman berbaloi untuk penumpang. Ranking 2024, menonjolkan syarikat penerbangan yang telah menetapkan standard tinggi untuk industri penerbangan. Dalam dunia penerbangan, Ranking Syarikat Penerbangan Tahunan Skytrax adalah tanda aras petunjuk kecemerlangan untuk sesebuah syarikat penerbangan. Untuk tahun 2024, ranking ini sekali lagi menonjolkan syarikat penerbangan yang menyediakan perkhidmatan bermutu tinggi, keselesaan, dan inovasi dalam perjalanan udara. Berikut merupakan 10 syarikat penerbangan yang berada dalam ranking 10 teratas Skytrax bagi tahun 2024: Baca: 6 perkara anda perlu lakukan jika terlepas penerbangan Pengalaman menaiki pesawat dengan perkhidmatan yang terbaik adalah penting untuk kepuasan penumpang . Kredit foto: Shutterstock 10 Syarikat Penerbangan Terbaik 2024: Qatar Airways Singapore Airlines Emirates ANA All Nippon Airways Cathay Pacific Airways Japan Airlines Turkish Airlines EVA Air Air France Swiss International Airlines Menduduki tempat teratas tahun ini adalah Qatar Airways, yang merebut kembali gelaran Syarikat Penerbangan Terbaik untuk tahun 2024. Komitmen mereka terhadap keselesaan dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi menjadikan Qatar Airways sebagai penanda aras untuk perkhidmatan penerbangan. Di kedudukan kedua, Singapore Airlines terus mengekalkan kedudukan yang kukuh, masih menjadi Syarikat kegemaran penumpang penerbangan dengan perkhidmatan yang berkualiti dan kemudahan canggihnya. Emirates menduduki tempat ketiga, dikenali kerana pengalaman penerbangan yang mewah. ANA All Nippon Airways dan Cathay Pacific Airways melengkapkan lima teratas, di mana kedua-duanya mendapat penilaian yang tinggi berikutan perhatian yang teliti terhadap perincian dan kepuasan pelanggan. Ranking ini juga menonjolkan kemajuan ketara yang dibuat oleh Japan Airlines dan Turkish Airlines, dengan yang terakhir konsisten diiktiraf kerana kualiti perkhidmatannya dan rangkaian luas. EVA Air dan Air France menonjolkan kecemerlangan mereka, sementara Swiss International Air Lines melengkapkan sepuluh teratas, memastikan kehadiran Eropah di kalangan yang terbaik. Anugerah Skytrax bukan sahaja mengenai prestij; ia turut mewakili penilaian komprehensif terhadap prestasi syarikat penerbangan berkaitan pelbagai aspek. Daripada keselesaan kabin kepada perkhidmatan pelanggan, ranking ini menyediakan panduan untuk penumpang yang mencari perkhidmatan berbaloi dengan harga tiket yang dibayar serta perjalan penerbangan yang selesa. Perkhidmatan anak kapal, hiburan dan keselesaan tempat duduk dalam pesawat semestinya menjadi kriteria utama yang dinilai penumpang. Sumber: Canva Faktor dan Kriteria yang Digunakan dalam Menentukan Ranking: Skytrax menilai syarikat penerbangan berdasarkan lebih daripada 30 kriteria, termasuk: Ketepatan Masa: Prestasi masa dan kebolehcapaian. Elaun Bagasi: pengendalian dan tawaran kapasiti bagasi . Rangkaian Laluan: Keluasan dan hubungan laluan penerbangan. Kualiti Lapangan Terbang Asal: Kemudahan dan perkhidmatan di hub utama syarikat penerbangan. Usia Pesawat: Kemudahan terkini dan penyelenggaraan pesawat. Nilai Program Ganjaran: Manfaat dan kelebihan yang ditawarkan kepada penumpang . Makanan Dalam Penerbangan: Kualiti dan variasi makanan dan minuman. Perkhidmatan Kakitangan Kabin: Profesionalisme dan keramahan kakitangan kabin. Hiburan Dalam Penerbangan: Bilangan dan kualiti pilihan hiburan. Keselesaan: Ruang tempat duduk, kebersihan, dan keseluruhan persekitaran kabin. Hasil kesemua kriteria diatas diperoleh melalui kaji selidik penumpang, ulasan pakar, dan penilaian bebas dari seluruh dunia. Pendekatan komprehensif ini memastikan bahawa ranking ini mencerminkan pengalaman sebenar penumpang tanpa unsur berat sebelah atau pengaruh luar. Ranking tahun 2024 ini menekankan sifat dinamik dan kompetitif industri penerbangan, di mana inovasi dan perkhidmatan bermutu tinggi adalah kunci untuk memikat hati penumpang di seluruh dunia. Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia. Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda. Baca: 7 fakta menarik mengenai negara Korea Selatan Pelancongan: Ingin melancong ke Dubai? Lihat promosi pakej pelancongan ke Dubai Tags airlineranking skytrax airlinelist TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA Berita Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 26 Mac 2025 Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik Informasi 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers 16 Februari 2025 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers Tips Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara 28 Februari 2025 Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara Destinasi 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan 12 Februari 2025 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan Tips & Info Penerbangan Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan 20 Februari 2025 Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan
- 5 Persepsi Umum Terhadap Backpackers | Musafir Sedunia
5 Persepsi Umum Terhadap Backpackers | 5 common [erception towards backpackers Informasi 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers Yang Mungkin Kurang Tepat Terhadap Golongan Ini Membawa beg galas besar merupakan signature seorang backpacker . Kredit Foto: Passport Health Oleh Team Musafir Sedunia 7 Januari 2025 Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Artikel Jika sebut berkenaan ‘backpackers ’, sudah tentu ada gambaran atau tanggapan berkenaan kumpulan ini. Gambaran yang wujud berkenaan kumpulan atau individu ‘backpacker ’ ini adalah warga asing berkulit putih membawa bagasi pengembaraan yang besar di belakang. Ini merupakan gambaran ‘cliche ’ yang tidak dapat dielakkan berkaitan golongan backpackers . Bagaimanapun, anda tidak keseorangan berikutan tanggapan terhadap golongan ini bukan sahaja di negara Asia malah di negara barat sendiri. Pelbagai persepsi telah diberikan kepada golongan backpackers ini sehingga mewujudkan salah tanggapan mengenai mereka. Berikut merupakan beberapa persepsi & salah tanggapan tentang backpackers : 1. Kebanyakan individu backpacker tidak berduit: Ya ini adalah salah tanggapan paling popular terhadap golongan backpackers di mana mereka dianggap golongan yang tiada sumber kewangan mencukupi untuk melancong. Anggapan ini ditambah dengan status kebanyakan backpackers adalah golongan yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan gemar mengembara. Tanggapan ini dikuatkan dengan kejadian di mana terdapat backpackers yang meminta derma untuk meneruskan perjalanan mereka serta ada yang membuat persembahan buskers yang turut meminta derma daripada orang ramai. Baca: Pemulangan cukai tempatan (Local Tax Refund ) semasa melancong Antara peralatan dan aksesori yang seing dibawa oleh golongan backpackers . Kredit foto: NewsBytes 2. Backpacker sentiasa jimat berbelanja: Persepsi ini seiring dengan pengembara backpackers yang sentiasa berpenampilan ringkas semasa melancong. Golongan ini lebih cenderung untuk menginap di hostel, ruang legar lapangan terbang atau di kaki lima bagi menjimatkan perbelanjaan. Golongan ini juga akan menikmati makanan dari peniaga jalanan atau restoran bajet berbanding restoran harga biasa. Menurut kajian ke atas golongan ini, mereka yang berjimat semasa melancong lebih menghargai pengalaman melancong itu sendiri berbanding membayar untuk kemewahan atau keselesaan. 3. Backpacker adalah pengembara tanpa tujuan: Backpackers sering dianggap sebagai pelancong yang tidak membuat perancangan pelancongan secara teliti dan lebih kepada ‘menjelajah’ ke mana sahaja laluan yang membawa mereka. Mereka juga lebih gemar untuk mengambil risiko untuk melawat sesuatu destinasi tanpa maklumat yang terperinci. 4. Backpacker semuanya Hippies atau golongan yang suka berpesta: Backpackers sering digambarkan sebagai golongan yang tidak begitu terurus dari segi kebersihan dan penampilan diri. Disebabkan kebanyakan mereka berambut panjang dan berjambang untuk lelaki dan penampilan tidak ‘segar’ bagi wanita, mereka seringkali dianggap sebagai Hippies atau golongan yang gemar bersuka-ria tanpa tujuan. Penginapan hostel antara penginapan popular di kalangan backpackers. Kredit Foto: Tripadvisor 6. Backpacker Tidak Bertanggungjawab dan Melulu: Sikap mereka yang mengambil ringan terhadap sesuatu perkara atau tidak begitu teliti dalam perlaksanaan perjalanan antara tanggapan terhadap golongan ini sebagai tidak bertanggungjawab dan melulu dalam mengembara atau melancong tanpa mengambil kira budaya atau sensitiviti di destinasi lawatan mereka. Berikut adalah persepsi atau tanggapan yang kerap diberi kepada golongan backpackers. Walaupun terdapat segelintir yang mempunyai karakter seperti di atas, ia tidak memberi gambaran keseluruhan untuk pelancong backpackers. Backpacker datang dari pelbagai negara, budaya dan latarbelakang jadi semua persepsi di atas tidak boleh dijadikan sandaran untuk memberi anggapan buruk terhadap golongan ini. Terdapat juga individu atau golongan backpackers yang mempunyai sumber kewangan yang besar dan gemar melancong menggunakan beg galas besar untuk memudahkan perjalanan mereka tanpa perlu menggunakan bagasi jenis biasa tidak mesra untuk pelancong yang gemar berjalan kaki. Apa pendapat anda berkenaan persepsi terhadap backpackers ini?Anda juga seorang backpackers ?Berikan komen anda pada ruangan komen di laman Facebook atau X kami. Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia. Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda. Baca: 7 fakta menarik mengenai negara Korea Selatan Pelancongan: Ingin melancong ke Jepun? Lihat promosi pakej pelancongan ke Jepun Tags Backpacker Persepsi Solotraveler Backpack Hostel TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA Berita Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 26 Mac 2025 Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik Informasi 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers 16 Februari 2025 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers Tips Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara 28 Februari 2025 Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara Destinasi 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan 12 Februari 2025 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan Tips & Info Penerbangan Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan 20 Februari 2025 Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan
- Larangan Smart Luggage Scooter | Musafir Sedunia
Berita Larangan Penggunaan Skuter Bagasi Atas Faktor Keselamatan Bagasi pintar atau skuter bagasi. Kredit foto: One2world Oleh Team Musafir Sedunia 17 Disember 2024 Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Artikel Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) telah mengeluarkan arahan keselamatan yang melarang penggunaan bagasi pintar yang boleh dinaiki, atau skuter, di kawasan apron lapangan terbang. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Capt Norazman Mahmud, dalam kenyataan keselamatan bertarikh 15 November, walaupun bagasi pintar yang boleh dinaiki memberi kemudahan kepada penumpang, penggunaan dalam kawasan terhad seperti apron boleh menimbulkan risiko keselamatan yang serius. Apron merupakan kawasan yang kompleks dengan kehadiran jentera berat, pesawat bergerak, kenderaan perkhidmatan darat, dan kakitangan, yang memerlukan pematuhan ketat terhadap peraturan keselamatan untuk mengelakkan kemalangan dan kerosakan. Baca: 5 Taman Tema Paling Thrill Di Dunia Skuter Bagasi memudahkan pergerakan pengguna di lapangan terbang. Kredit foto: ABC News Bagi meningkatkan keselamatan di lapangan terbang, CAAM menekankan kepentingan melarang penggunaan bagasi pintar di kawasan terhad, menetapkan had kelajuan dalam zon yang dibenarkan, serta mendidik penumpang dan kakitangan darat mengenai amalan penggunaan yang selamat. Norazman menegaskan bahawa bagasi pintar yang boleh dinaiki hanya boleh digunakan di kawasan yang ditetapkan seperti ruang legar terminal dan zon menunggu, dengan papan tanda jelas menunjukkan larangan ini. Di samping itu, bagasi pintar dengan motor elektrik perlu dimatikan dan bateri perlu dinyahaktifkan sebelum memasuki apron. Kakitangan darat perlu diberikan latihan untuk mengenal pasti bagasi pintar yang boleh dinaiki dan mengikuti protokol keselamatan, termasuk melaporkan dengan segera sebarang kejadian penggunaannya di apron kepada pengendali lapangan terbang atau kakitangan keselamatan. Penyedia Perkhidmatan Pengendalian Darat mesti memastikan setiap kakitangan memahami prosedur yang betul untuk mengendalikan, menyimpan, dan mengangkut bagasi pintar, terutama jika mengandungi bateri litium atau komponen elektrik lain yang berisiko. Syarikat penerbangan dan pengendali lapangan terbang juga disarankan untuk menyertakan amaran dalam komunikasi pra-penerbangan bagi memaklumkan penumpang tentang sekatan ini. Sumber: Bernama Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia. Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda. Baca: Arab Saudi Memulakan Pembinaan 'Bangunan Terbesar' Di Dunia Pelancongan: Ingin melancong ke Dubai? Lihat promosi pakej pelancongan ke Dubai Tags bagasi airport caam skuterbagasi klia TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA Berita Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 26 Mac 2025 Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik Informasi 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers 16 Februari 2025 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers Tips Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara 28 Februari 2025 Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara Destinasi 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan 12 Februari 2025 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan Tips & Info Penerbangan Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan 20 Februari 2025 Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan
- Filem Porno Ditayang di dalam pesawat | Musafir Sedunia
Filem Porno Ditayang di dalam pesawat Berita Tayang Filem Tidak Senonoh Syarikat Penerbangan Mohon Maaf Contoh skrin infotainment dalam kabin penerbangan ekonomi biasa. Sumber: Simple Flying Oleh Team Musafir Sedunia 4 Disember 2024 Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Artikel Penumpang dalam sebuah penerbangan ke Tokyo pada minggu lalu mendapat hiburan 'istimewa' dalam penerbangan daripada apa yang ditawarkan apabila filem eksplisit yang memaparkan adegan dan imej eksplisit disiarkan ke setiap skrin. Masalah teknikal yang berlaku menyebabkan penumpang tidak boleh memilih siaran pilihan mereka, dalam sebuah penerbangan dari Sydney, Australia ke Tokyo, Jepun, menyebabkan kru penerbangan memilih satu filem untuk disiarkan ke seluruh kabin. Pemilihan filem "Daddio" lakonan Dakota Johnson dan Sean Penn mengejutkan ramai pihak, dan syarikat penerbangan itu, telah membuat permohonan maaf berkenaan insiden memalukan itu. Menurut satu ulasan, filem itu memaparkan "adegan dan foto yang tidak senonoh, gambar payudara wanita serta dialog dan teks yang berkaitan seks secara eksplisit." Baca: 11 Tips Untuk Lancarkan Penerbangan Anda Pilihan filem pada skrin infotainment penumpang ekonomi. Sumber: The Weekly Departure Jurucakap syarikat penerbangan berkata: "Filem itu jelas tidak sesuai untuk dimainkan sepanjang penerbangan dan kami memohon maaf kepada pelanggan atas pengalaman ini." Setelah kesilapan itu berlaku, "semua skrin ditukar kepada filem mesra keluarga untuk sepanjang penerbangan," tambahnya. "Kami sedang mengkaji bagaimana filem tersebut dipilih." Sumber: AFP, CNN, CBS News Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia. Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda. Baca: 7 fakta menarik mengenai negara Korea Selatan Pelancongan: Ingin melancong ke Jepun? Lihat promosi pakej pelancongan ke Jepun Tags penerbangan censored filemtidaksenonoh TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA Berita Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 26 Mac 2025 Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik Informasi 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers 16 Februari 2025 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers Tips Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara 28 Februari 2025 Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara Destinasi 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan 12 Februari 2025 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan Tips & Info Penerbangan Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan 20 Februari 2025 Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan
