top of page

Search Results

144 hasil ditemukan dengan carian kosong

  • Pakej Mesir | Musafir Sedunia

    Piramid Giza Cairo Order Now Destinasi Bersejarah Menakjubkan Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Peninggalan Ribuan Tahun Daripada piramid Giza hingga ke kuil Luxor yang megah, dan bazar yang meriah serta budaya yang kaya di Kaherah, Mesir menawarkan perjalanan yang tidak dapat dilupakan melalui sejarah. Belayar di sepanjang Sungai Nil yang tenang, terokai pusat peranginan Laut Merah dan terokai tamadun purba yang mengagumkan Lokasi Tarikan Aktiviti Menaiki Cruise Nikmati pelayaran yang mengasyikkan di sepanjang Sungai Nil, nadi Mesir. Belayar antara Aswan dan Luxor untuk menyaksikan landskap yang menakjubkan dan melawat tapak warisan purba yang luar biasa seperti kuil Edfu dan Kom Ombo Kredit: Kiwi Collection Membeli Belah Selami suasana meriah di bazaar, seperti Khan El Khalili di Kaherah. Alami budaya tempatan dan membeli belah rempah ratus eksotik, barangan buatan tangan dan cenderahati unik Kredit: Secret London Snorkeling Destinasi popular seperti Sharm El-Sheikh dan Hurghada menawarkan peluang snorkeling dan menyelam bertaraf dunia di tengah-tengah terumbu karang berwarna-warni dan hidupan marin Safari Padang Pasir Terokai landskap dramatik Gurun Putih atau keluasan Semenanjung Sinai yang tenang, lengkap dengan tunggangan unta dan pengalaman tradisional Badwi. Kredit: Chapter Travel Dan Lain-lain Aktiviti Menarik Kredit: Kiwi Collection Kaherah Ibu kota Mesir yang sibuk, Kaherah adalah rumah kepada Piramid Giza yang ikonik, Sphinx, dan banyak koleksi Muzium Mesir. Luxor Selalunya dirujuk sebagai muzium terbuka terhebat di dunia, Luxor terkenal dengan tapak purba yang terpelihara dengan baik, termasuk Lembah Raja-raja, Kuil Karnak dan Kuil Luxor. Kredit: Golden Saint Asia Alexandria Bandar pesisir pantai ini menggabungkan sejarah dengan daya tarikan Mediterranean. Terokai Bibliotheca Alexandrina moden, peninggalan Rumah Api purba, dan Kota Qaitbay yang bersejarah di tepi laut Aswan Terkenal dengan pemandangan Sungai Nil yang menakjubkan, Kuil Philae yang indah, Pulau Elephantine, dan aktiviti penerokaan ke perkampungan Nubia yang berwarna-warni. Kredit: Chapter Travel Dan Pelbagai Lagi Lokasi Pyramids of Giza & Sphinx: Sebagai salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia Purba, Piramid Giza, bersama-sama dengan Sphinx yang penuh teka-teki, adalah simbol ikonik tamadun purba Mesir dan menawarkan gambaran yang menarik tentang masa lalu negara itu. Kredit: Hoteles Muzium Mesir Menempatkan koleksi artifak Mesir purba yang pelbagai, termasuk khazanah Tutankhamun, Muzium Mesir merupakan persinggahan penting bagi sesiapa yang berminat dengan sejarah dan seni Mesir purba Kredit: Traveloka Lembah Raja-Raja (Luxor) Tapak Warisan Dunia UNESCO, Lembah Raja-raja terkenal dengan makam dirajanya, termasuk makam firaun muda Tutankhamun. Ia memaparkan sudut lebih mendalam tentang amalan dan seni pengebumian purba Kredit: Seoul Searching Kuil Abu Simbel Kuil batu yang mengagumkan yang dibina oleh Ramses II ini terkenal dengan patung monumental dan ukiran yang rumit. Ia adalah bukti kejuruteraan dan kesenian Mesir purba dan sangat menarik terutama permandangannya pada waktu matahari terbit Kredit: KoreaToDo Dan Pelbagai Lagi Tarikan Sumber : Pinterest Pakej Semua Musim Untuk 2024 / 2025 Ingin melawat salah satu keajaiban dunia? Melihat artifak di muzium tersohor di dunia? Menjejaki sejarah tamadun Islam? Lawatan semasa cuti persekolahan? Pakej semua musim kami sediakan bagi memenuhi permintaan anda. Hubungi kami untuk mendapat maklumat lanjut atau untuk tempahan. Hubungi Kami Penafian: Maklumat lawatan di atas merupakan maklumat secara umum. Lokasi/Tarikan/Aktiviti lawatan tertakluk pada terma dan syarat pihak pengendali lawatan. Tanda perniagaan/ logo/gambar yang tertera adalah hakmilik pemilik asal.

  • Little Malaysia Di Hatyai | Musafir Sedunia

    Krisis restoran Di Thailand | Restaurant crisis in Thailand Berita Hatyai Dijajah Rakyat Malaysia Dikunjungi Lebih 500,000 Pelancong Malaysia Antara lokasi pelancongan popular di Hatyai. Sumber: TakeMe Tour Oleh Team Musafir Sedunia 3 Januari 2025 Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Artikel Persatuan Perdagangan dan Pelancongan Halal Thailand-Asia Tenggara menganggarkan bahawa jumlah pelancong Malaysia yang melawat Thailand bulan Disember 2024 bakal mencapai 500,000 atau lebih, lapor NST. Presidennya Aida Oujeh memberitahu Kosmo! Wilayah Selatan Thailand dijangka menerima antara 230,000 dan 400,000 pelawat Malaysia yang memasuki melalui laluan darat antara 21 Disember dan 31 Disember. "Untuk makluman, hampir 30,000 bilik hotel Dan rumah tumpangan di Hatyai dan Wilayah Songkhla telah ditempah sepenuhnya untuk musim cuti Krismas dan perayaan Tahun Baru pada tahun 2025," katanya. Baca: 7 Negara Selamat Untuk Pengembara Solo Antara lokasi pelancongan popular di Hatyai . Sumber: TakeMe Tour Pemeriksaan oleh Kosmo! mendapati bahawa kawasan pelancongan yang popular seperti Lee Garden telah menjadi "Little Malaysia", dengan kebanyakan pengunjung Malaysia bercakap menggunakan bahasa Malaysia. Tempat pelancongan lain yang terkenal seperti Sea Verse, Khlong Hae Floating Market dan Asean Night Bazaar juga ramai dengan pelancong Malaysia. Sementara itu, mengenai banjir di Selatan Thailand baru-baru ini, Aida berkata keadaan telah pulih sepenuhnya. "Keadaan bertambah baik dengan ketara. Banjir telah kering dan tidak lagi menjejaskan pusat-pusat pelancongan. Pemulihan ini membantu meningkatkan aktiviti pelancongan di rantau ini, " katanya. Mengenai perbelanjaan, Aida berkata secara purata, seorang pelancong Malaysia akan membelanjakan sekurang-kurangnya RM600 sepanjang lawatan mereka ke Thailand. Sumber: NST Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia. Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda. Baca: Wilayah Russia - Negara Atau Benua? Pelancongan: Ingin melancong ke Taiwan? Lihat promosi pakej pelancongan ke Taiwan Tags thailand restoran tomyam bangkok hatyai TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA Berita Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 26 Mac 2025 Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik Informasi 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers 16 Februari 2025 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers Tips Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara 28 Februari 2025 Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara Destinasi 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan 12 Februari 2025 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan Tips & Info Penerbangan Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan 20 Februari 2025 Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan

  • Info & Tips Penerbangan | Musafir Sedunia

    Segalanya mengenai penerbangan, tips dan informasi terkini | Everything about flights, tips and the latest information Info & Tips Penerbangan Tiket RM5, Tapi Berdiri? Revolusi Tempat Duduk Pesawat Tambang Murah Bermula 2026 Info & Tips Penerbangan 29 Mei 2025 Tiket RM5, Tapi Berdiri? 29 Mei 2025 Ranking Lapangan Terbang Terbaik Dunia 2025 27 April 2025 Lahir Di Udara Dalam Pesawat 14 Mei 2025 Memahami Penarafan Syarikat Penerbangan 22 April 2025 Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Lagi Info

  • China Dilanda wabak virus HMPV | Musafir Sedunia

    Perlaksanaan Sistem Kod QR oleh Jabatan Imigresen Malaysia | China hit by HMPV virus outbreak Berita Sistem Kod QR Baharu MyBorderPass Diperkenalkan Memperkemaskan proses imigresen di KLIA untuk rakyat Malaysia Contoh Kod QR pada aplikasi MyBorderPass selepas pendaftaran dibuat. Oleh Team Musafir Sedunia 4 Januari 2025 Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Artikel Lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah memulakan penggunaan sistem Kod Respons Pantas (QR) yang inovatif untuk melancarkan proses imigresen bagi pelancong Malaysia, mengurangkan masa menunggu dengan ketara sambil memastikan langkah keselamatan tetap dipantau. Pelaksanaan sistem ini adalah sebahagian daripada usaha Kementerian Dalam Negeri untuk menangani kesesakan yang sering dialami di pintu masuk semasa waktu puncak dan musim perayaan. Menurut Jabatan Imigresen, rakyat Malaysia dikehendaki memuat turun aplikasi MyBorderPass untuk mendaftarkan butiran perjalanan mereka sebelum menggunakan sistem kod QR baharu. Setelah aplikasi dipasang, pengguna perlu mengesahkan wajah mereka untuk proses pengesahan, sama ada sebelum perjalanan atau semasa ketibaan. Proses ini berkuatkuasa dilaksanakan untuk warga Malaysia bermula pada bulan Januari 2025. Baca: Tips Penting Packing Bagasi Poster mengenai langkah muat turun dan mendaftar aplikasi MyBorderPass oleh Kementerian Dalam Negeri. Kredit Foto: KDN Percubaan sistem kod QR beroperasi di 40 lorong autogate khusus di Terminal 1 dan Terminal 2 KLIA, membolehkan pelepasan imigresen hanya dalam masa lima hingga tujuh saat-jauh lebih pantas daripada 15 hingga 25 saat yang diperlukan dengan pintu automatik tradisional. Proses pantas ini direka untuk meningkatkan kelancaran proses semakan imigresen dan mengurangkan kelewatan. Selain memudahkan operasi yang lebih lancar, Jabatan Imigresen telah melaksanakan langkah-langkah pemantauan untuk pelawat asing, terutamanya dari negara-negara seperti China dan India, memastikan keselamatan yang dipertingkatkan di kawasan lalu lintas tinggi. Pengunjung juga dikehendaki menunjukkan tiket pulang dan bukti penginapan yang sah, seperti tempahan hotel yang disahkan. Penggunaan teknologi canggih ini memastikan urusan yang pantas serta lancar tanpa menjejaskan keselamatan dan pemantauan yang diperlukan pihak berkuasa. Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia. Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda. Baca: 7 fakta menarik mengenai negara Korea Selatan Pelancongan: Ingin melancong ke Jepun? Lihat promosi pakej pelancongan ke Jepun TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA Berita Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 26 Mac 2025 Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik Informasi 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers 16 Februari 2025 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers Tips Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara 28 Februari 2025 Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara Destinasi 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan 12 Februari 2025 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan Tips & Info Penerbangan Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan 20 Februari 2025

  • 5 Taman Tema Paling Thrill Di Dunia | Musafir Sedunia

    Taman tema paling mendebarkan di dunia | 5 most thrilled theme park in the world Informasi 5 Taman Tema Utama Paling Thrill Di Dunia Roller Coaster di Taman Tema Six Flags Magic Mountain, Valencia, California merupakan antara roller coaster paling mendebarkan di dunia. Kredit Foto: KTLA Oleh Team Musafir Sedunia 6 Januari 2025 Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Artikel Taman tema merupakan antara salah satu pusat tarikan pilihan kebanyakan pelancong sekiranya ke sesuatu destinasi. Kebanyakan bandar-bandar besar seluruh dunia mempunyai taman tema tersendiri yang mampu memenuhi keinginan mereka yang gemarkan hiburan dan aksi mendebarkan seperti 'roller coaster' atau permainan taman tema yang mengujakan. Apa yang pasti, setiap taman tema menyediakan rekreasi atau pengalaman berbeza serta mengujakan kepada pengunjung-pengunjung mereka. Berikut ialah pandangan lebih dekat pada beberapa taman tema paling 'thrill' atau paling mendebarkan yang wajib untuk dilawati bagi penggemar taman tema dan 'roller coaster'. 1. Cedar Point (Sandusky, Ohio, Amerika Syarikat) Dikenali sebagai "Ibukota Roller Coaster Dunia," Cedar Point adalah taman tema yang wajib dikunjungi oleh mana-mana peminat 'roller coaster'. Dibina pada tahun 1870, ia merupakan salah satu taman hiburan yang beroperasi tertua di Amerika Syarikat, seluas 364 ekar dengan 71 permainan taman tema yang menyeronokkan, termasuk 17 'roller coaster'. Taman ini adalah pusat kepada roller coaster yang terkenal di dunia seperti Millenium Force dan Steel Vengeance, yang memberikan pengalaman mengujakan dan mendebarkan kepada pengunjungnya. Sebuah roller coaster yang dikenali sebagai Siren's Curse, yang akan dijangka mula beroperasi pada tahun 2025, akan menjadi roller coaster paling tinggi, laju dan tergantung di dunia. Baca: 5 Persepsi Umum Terhadap Backpackers Siren's Curse, roller coaster paling tergantung di dunia dijangka beroperasi pada 2025 di Taman Tema Cedar Point. Kredit foto: Getty 2. Universal's Islands of Adventure (Orlando, Florida, Amerika Syarikat) Universal's Islands of Adventure, yang merupakan sala satu siri taman tema Universal Orlando Resort, dibuka pada tahun 1999 dan sememangnya terkenal dengan permainan taman tema yang menarik dan mengujakan. Taman ini termasuk Wizarding World of Harry Potter, di mana pengunjung boleh meneroka bangunan dan bandar ikonik dari siri yang digemari. Tarikan taman tema yang popular, VelociCoaster, permainan roller coaster bertemakan Jurassic World, menonjol sebagai salah satu roller coaster terpantas di dunia. Terdapat 6 roller coaster lain yang turut memberi pengalaman mendebarkan dan mengujakan di taman tema ini. 3. Six Flags Magic Mountain (Valencia, California, Amerika Syarikat) Mempunyai roller coaster yang terbanyak dalam satu taman tema iaitu sebanyak 20 roller coaster, Six Flags Magic Mountain ialah syurga bagi mereka yang penggemar roller coaster yang ingin mencari keseronokan. Terletak berhampiran Los Angeles, ia merupakan antara taman tema dengan tarikan roller coaster paling popular di dunia. Taman tema Six Flag mempunyai 27 taman tema di seluruh dunia kebanyakannya di Amerika Syarikat dan Canada. 4. Ferrari World (Abu Dhabi, UAE) Ferrari World, dibuka pada 2010, ialah taman tema berjenama Ferrari pertama di dunia dan menggabungkan keseronokan roller coaster berkelajuan tinggi dengan pelbagai tarikan permaina yang mesra keluarga. Formula Rossa, roller coaster terpantas di dunia, berada di taman tema ini yang mana membolehkan pengunjung mengalami pecutan sehingga 240 km/j (149 mph) dalam beberapa saat sahaja. Di sebalik permainan roller coaster ini, pengunjung boleh menerokai pameran menarik yang mempamerkan sejarah automotif Ferrari, menjadikan taman tema ini gabungan unik hiburan dan pendidikan. Velocicoaster di Universal's Island of Adventure, Florida, Amerika Syarikat. Kredit Foto: Orlando Informer 5. Europa-Park (Rust, Jerman) Sebagai taman tema terbesar di Jerman, Europa-Park terkenal dengan tarikan berkualiti tinggi dan taman tema yang menghiburkan. Taman tema ini merangkumi 15 kawasan yang bertema Eropah, menawarkan peluang kepada pengunjung untuk mengalami pelbagai budaya di samping tunggangan yang mendebarkan. Tarikan terkenal termasuk Silver Star, salah satu roller coaster tertinggi dan terpantas di Eropah, yang mencapai kelajuan 130 km/j (81 mph). Europa-Park menawarkan perincian dan persekitaran yang mengujakan menjadikannya destinasi yang popular untuk mereka yang mencari keseronokan. Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia. Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda. Baca: 7 fakta menarik mengenai negara Korea Selatan Pelancongan: Ingin melancong ke Taiwan? Lihat promosi pakej pelancongan ke Taiwan Tags rollercoaster themepark thrill tamantema TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA Berita Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 26 Mac 2025 Informasi 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers 16 Februari 2025 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik Tips Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara 28 Februari 2025 Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara Destinasi 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan 12 Februari 2025 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan Tips & Info Penerbangan Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan 20 Februari 2025 Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan

  • 6 Sebab Selatan Thailand Merupakan Desti | Musafir Sedunia

    Mengapa Thailand merupakan destinasi popular? Destinasi 6 Sebab Selatan Thailand Jadi Tumpuan Rakyat Malaysia Mencatatkan Peningkatan Pelawat Selepas Musim Covid-19 Papan tanda mengalukan kedatangan pelancong di Danok, Thailand. Kredit foto: Taufulou Oleh Team Musafir Sedunia 4 Januari 2025 Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Artikel Tidak keterlaluan untuk mengatakan Thailand adalah destinasi luar negara paling popular yang dikunjungi oleh Rakyat Malaysia. Berdasarkan statistik pelancongan ke Thailand pada tahun 2023, pelancong Malaysia merupakan pelawat yang paling ramai memasuki Thailand dengan kemasukan lebih daripada 4 juta pelancong sahaja bagi tahun tersebut. Ditambah dengan faktor pembukaan semula sempadan selepas lebih 2 tahun perintah kawalan pergerakan (PKP) akibat Covid-19 turut menyumbang kepada peningkatan rakyat Malaysia melancong ke luar negara termasuk Thailand. Ketika musim cuti Krismas dan Hujung tahun 2023 sempena tahun baru 2024, Bandar Hatyai sahaja mencatatkan kemasukan pelancong sebanyak lebih 20,000 orang sehari dan dianggarkan menyumbang sebanyak RM2 billion Baht (RM270 juta) kepada ekonomi tempatan. Pasar terapung Khlong Hae yang popular di Hatyai, Thailand. Kredit foto: Pinterest Baca: 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers Berikut adalah antara sebab mengapa Selatan Thailand menjadi destinasi pelancongan popular di kalangan rakyat Malaysia: atas beberapa sebab: 1. Jarak Perjalanan Yang Dekat: Selatan Thailand mudah diakses dari Malaysia sebagai negara yang berjiran dengan Malaysia , menjadikannya destinasi pelancongan yang mudah dikunjungi. Mudah diakses melalui jalan darat menggunakan kenderaan , penerbangan singkat dengan harga berpatutan juga turut memudahkan pelawat dari Malaysia ke lokasi-lokasi popular seperti Hat Yai, Krabi dan Phuket². Selatan Thailand sememangnya menjadi destinasi popular untuk kumpulan kenderaan atau permotoran untuk membuat ekspidisi konvoi dalam kumpulan yang besar. 2. Ikatan Budaya dan Sejarah: Terdapat hubungan budaya dan sejarah yang kukuh antara Selatan Thailand dan Malaysia. Masyarakat Melayu di Selatan Thailand berkongsi tradisi, bahasa dan agama yang serupa dengan rakyat Malaysia terutama rakyat yang tinggal di kawasan yang bersempadan dengan negara tersebut. 3. Kos Pelancongan dan Perjalanan Berpatutan: Thailand menawarkan pelbagai pilihan perjalanan mampu milik, daripada penginapan bajet kepada makanan dan kos aktiviti membeli-belah dengan harga murah, menjadikannya destinasi menarik bagi rakyat Malaysia yang mencari percutian yang menjimatkan. 4. Pantai dan Pulau yang Cantik: Selatan Thailand terkenal dengan pantai dan pulau yang cantik dengan permandangan yang menakjubkan, seperti Kepulauan Phi Phi, Koh Samui dan Pantai Railay. Destinasi ini sesuai untuk bersantai, aktivit sukan air dan menikmati keindahan pemandangan. 5. Pelbagai pilihan Membeli-belah dan Variasi Makanan: Bandar seperti Hat Yai dan Danok terkenal dengan pasar yang menjual pelbagai barangan dan makanan jalanan yang lazat, yang merupakan tarikan utama bagi pelancong Malaysia. Selatan Thailand turut menawarkan banyak pilihan untuk makanan halal seterusnya memberi pengalaman berbeza kepada pelancong Malaysia yang berkunjung ke sini. 6. Perayaan dan Acara: Selatan Thailand menganjurkan pelbagai festival dan acara kebudayaan yang menarik minat rakyat Malaysia, seperti Festival Songkran dan Loy Krathong yang kerap dikunjungi oleh jutaan pelancong saban tahun. Faktor-faktor ini, digabungkan dengan layanan mesra rakyat Thailand, menjadikan Selatan Thailand destinasi kegemaran ramai rakyat Malaysia. Ingin berkongsi pengalaman atau pendapat anda setelah mengunjungi negara Thailand?Berikan komen anda pada ruangan komen Facebook atau X kami. Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia. Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda. Baca: 11 Tips Untuk Lancarkan Penerbangan Anda Pelancongan: Ingin melancong ke Korea Selatan? Lihat promosi pakej Tags thailand selatanthai hatyai Danok Krabi TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA Berita Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 26 Mac 2025 Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik Informasi 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers 16 Februari 2025 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers Tips Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara 28 Februari 2025 Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara Destinasi 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan 12 Februari 2025 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan Tips & Info Penerbangan Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan 20 Februari 2025 Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan

  • Pencarian MH370 Disambung Semula | MH370 Flight Search Restarted

    Pencarian MH370 disambung semula di Lautan Hindi oleh Ocean Infinity dengan teknologi terkini. Bukti baharu memberikan harapan kepada keluarga mangsa dan dunia untuk merungkai misteri penerbangan yang telah berlarutan selama lebih sedekad | The search for MH370 resumes in the Indian Ocean, led by Ocean Infinity using advanced technology. New evidence brings hope to victims' families and the world in uncovering the aviation mystery that has lasted over a decade. Berita Selepas 10 Tahun Kehilangan MH370 Pencarian Disambung Semula di Lautan Hindi Salah sebuah model pesawat Malaysia Airlines. Kredit Foto: MAS Oleh Team Musafir Sedunia 25 Februari 2025 Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Artikel Selepas hampir sebelas tahun sejak kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, pencarian baharu akan dimulakan di Lautan Hindi dalam usaha untuk akhirnya merungkai misteri tragedi ini. Syarikat penerokaan laut dalam, Ocean Infinity, telah diberi mandat untuk mengetuai operasi pencarian ini dengan menggunakan teknologi terkini. Latar Belakang Tragedi Pesawat MH370, yang berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing pada 8 Mac 2014, hilang dari radar beberapa jam selepas penerbangan. Kehilangan pesawat ini telah mencetuskan operasi pencarian terbesar dalam sejarah penerbangan moden, melibatkan pelbagai negara dan teknologi canggih. Walau bagaimanapun, usaha pencarian sebelum ini gagal menemui bangkai utama pesawat, dengan hanya beberapa serpihan disahkan berasal daripada MH370 ditemukan di sekitar pantai Lautan Hindi. Pencarian Baharu dengan Teknologi Terkini Pada Disember 2024, kerajaan Malaysia mengumumkan hasrat untuk menyambung semula pencarian MH370 setelah menerima bukti baharu yang dipercayai dapat membantu mengenal pasti lokasi sebenar pesawat tersebut. Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke, mengesahkan bahawa Ocean Infinity akan memulakan pencarian dalam kawasan seluas 15,000 kilometer persegi yang dikenal pasti berdasarkan data dan analisis terkini. Operasi ini akan menggunakan kapal pencarian utama bernama Armada, yang dilengkapi dengan Kenderaan Bawah Air Autonomi (AUV). Peralatan canggih ini mampu mengesan dan memetakan dasar laut dengan resolusi tinggi walaupun pada kedalaman ekstrem. Teknologi ini diharapkan dapat memberikan petunjuk kepada misteri yang sudah berlarutan selama lebih sedekad. Baca: Segalanya mengenai kempen Visit Malaysia 2026 (VM2026) Pesawat malang MH370 dilaporkan terhempas di Lautan Hindi walaupun tiada bukti yang menyokong kenyataan tersebut . Sumber: Unsplash Bukti Baharu dan Harapan Keluarga Mangsa Analisis terkini yang dikemukakan oleh jurutera Richard Godfrey menggunakan teknologi pengesanan isyarat gelombang radio bersejarah telah memberikan petunjuk baharu tentang kemungkinan lokasi MH370. Penemuan ini telah memberikan keyakinan kepada pihak berkuasa bahawa pesawat mungkin berada dalam lingkungan kawasan pencarian yang akan diterokai oleh Ocean Infinity. Bagi keluarga 239 penumpang dan kru yang berada dalam pesawat tersebut, pengumuman ini membawa sinar harapan setelah bertahun-tahun menunggu jawapan. Mereka berharap pencarian kali ini akan memberikan penutupan yang mereka perlukan serta mendedahkan kebenaran mengenai nasib sebenar MH370. Gambar contoh serpihan pesawat terapung di udara. Kredit foto: CGTN Misi Berasaskan 'No Find, No Fee' Sama seperti pencarian terdahulu oleh Ocean Infinity pada 2018, operasi kali ini juga berdasarkan konsep "no find, no fee". Ini bermakna syarikat hanya akan dibayar oleh kerajaan Malaysia jika mereka berjaya menemui bangkai pesawat. Perjanjian ini menunjukkan komitmen tinggi Ocean Infinity dalam menyelesaikan salah satu misteri penerbangan paling rumit dalam sejarah moden. Dengan teknologi yang lebih maju dan bukti baharu yang lebih kukuh, pencarian yang akan bermula pada penghujung Februari 2025 ini memberi harapan baharu kepada dunia untuk akhirnya merungkai kehilangan tragis pesawat MH370. Sumber: npr Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia. Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda. Baca: Info berkaitan MyBorderPass QR Code Pelancongan: Ingin melancong ke Dubai? Lihat promosi pakej pelancongan ke Dubai Tags MAS MH370 flight berita terkini TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA Berita Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 26 Mac 2025 Informasi 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers 16 Februari 2025 Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers Tips Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara 28 Februari 2025 Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara Destinasi 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan 12 Februari 2025 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan Tips & Info Penerbangan Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan 20 Februari 2025 Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan

  • Pakej Jepun | Musafir Sedunia

    Pakej pelancongan ke Jepun dengan harga yang menarik serta perkhidmatan yang memuaskan. Pakej ke Jepun untuk semua musim sepanjang tahun. Chureito Pagoda Fujiyoshida Order Now Keunikan Percutian Di Jepun Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Terokai Jepun Yang Penuh Keseronokan Inilah Masanya Untuk Anda Ke Jepun !! Pelbagai Tempat & Aktiviti Menarik Untuk Anda Nikmati. Pertama Kali Atau Beberapa Kali Ke Jepun, Anda Pasti Ingin Kembali Lagi. Lokasi Tarikan Aktiviti Kredit: Kiwi Collection Menikmati Sakura Alami pengalaman tidak ternilai di musim bunga semasa musim bunga sakura di lokasi-lokasi popular Aktiviti Musim Sejuk Bermain ski, snowboard atau apa sahaja aktiviti atas salji di beberapa lokasi di seluruh Jepun Kredit: Golden Saint Asia Menghayati Budaya Jepun Lawatan ke tempat-tempat bersejarah dan warisan budaya Jepun Pengangkutan Awam Menggunakan pengangkutan awam di bandar-bandar besar Jepun yang merupakan nadi kepada aktiviti rakyat setempat Kredit: Chapter Travel Dan Lain-lain Aktiviti Menarik Kredit: Kiwi Collection Tokyo Bandaraya Utama Jepun yang penuh dengan pelbagai tempat bersejarah, rekreasi moden serta pusat membeli belah yang menjadi kunjungan ramai Osaka Bandar kedua terbesar di Jepun yang terkenal dengan aktiviti malam, makanan, sejarah dan taman tema bertaraf antarabangsa Kredit: Golden Saint Asia Kyoto Bandar Klasik yang kaya dengan sejarah & budaya termasuk senibina warisan yang tidak ternilai Hokkaido Merupakan pulau yang paling mengekalkan keindahan alam semulajadi berbanding 3 pulau lain di Jepun. Lokasi terbaik untuk menikmati musim bunga, luruh & sejuk Kredit: Chapter Travel Dan Pelbagai Lagi Lokasi Kredit: Hoteles Senso-Ji Merupakan tokong buddha tertua dan salah satu warisan sejarah paling bernilai bagi masyarakat Jepun Gunung Fuji Keindahan panorama gunung fuji yang menjadikannya antara gunung paling popular di dunia Kredit: Traveloka Kredit: Seoul Searching Metropolitan Tokyo Menjejaki tempat-tempat popular di Tokyo seperti Shibuya Crossing, Pasar Ueno, pusat Anime dan gaming Akihabara dan pelbagai lagi Taman Tema Antarabangsa Taman tema bertaraf antarabangsa seperti Disneyland Tokyo, Harry Potter Studio, Legoland Nagoya, Universal Studio Osaka dan banyak lagi untuk dikunjungi Kredit: KoreaToDo Dan Pelbagai Lagi Tarikan Sumber : Freepik Pakej Semua Musim Untuk 2025 / 2026 Ingin bermain Ski? Ingin mendaki gunung? Rekreasi di Taman Tema? Lawatan semasa cuti persekolahan? Pakej semua musim kami sediakan bagi memenuhi permintaan anda. Hubungi kami untuk mendapat maklumat lanjut atau untuk tempahan. Hubungi Kami Penafian: Maklumat lawatan di atas merupakan maklumat secara umum. Lokasi/Tarikan/Aktiviti lawatan tertakluk pada terma dan syarat pihak pengendali lawatan. Tanda perniagaan/ logo/gambar yang tertera adalah hakmilik pemilik asal.

  • Syarikat Penerbangan Air Borneo Dilancarkan

    Syarikat Penerbangan Air Borneo Dilancarkan | Air Borneo Airlines Launched Berita Air Borneo Dilancarkan Syarikat Penerbangan Milik Kerajaan Negeri Sarawak Majlis pelancaran Air Borneo di Kuching, Sarawak. Kredit Foto: Pejabat Premier Sarawak Oleh Team Musafir Sedunia 13 Februari 2025 Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Artikel Kerajaan Negeri Sarawak telah mengorak langkah dalam industri penerbangan dengan pelancaran syarikat penerbangan miliknya, AirBorneo, selepas pengambilalihan MASwings daripada Malaysia Aviation Group (MAG). Majlis menandatangani Perjanjian Jual Beli (SPA) di Kuching menandakan pencapaian bersejarah bagi negeri ini, yang bertujuan untuk meningkatkan kesalinghubungan dan memacu pertumbuhan ekonomi. Visi untuk Penerbangan Serantau AirBorneo diwujudkan sebagai syarikat penerbangan perkhidmatan penuh yang direka untuk meningkatkan perjalanan udara domestik dan antarabangsa. Dengan laluan awal yang menyasarkan destinasi utama dalam lingkungan penerbangan empat hingga lima jam, syarikat penerbangan ini merancang untuk berkhidmat ke Kuala Lumpur, Singapura, Jakarta, dan Kalimantan. Langkah ini sejajar dengan aspirasi Sarawak untuk menjadi hab penerbangan bagi Borneo dan pintu masuk ke rantau ASEAN. Bercakap pada majlis menandatangani perjanjian itu, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa syarikat penerbangan baharu ini akan memainkan peranan penting dalam mempromosikan pelancongan, menarik pelaburan, dan merangsang aktiviti ekonomi. “Dengan mengambil langkah strategik ini, kita meletakkan Sarawak sebagai hab penerbangan bagi Borneo dan pintu masuk ke ASEAN, membuka pintu kepada peluang baharu dan memperkukuh kesalinghubungan,” katanya. Baca: Segalanya mengenai kempen Visit Malaysia 2026 (VM2026) Salah satu pesawat milik syarikat penerbangan MASwing . Sumber: fl360aero Komitmen terhadap Perkhidmatan Udara Luar Bandar Komponen utama dalam operasi AirBorneo adalah meneruskan Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) yang sebelum ini dikendalikan oleh MASwings. Ini memastikan komuniti terpencil dan kurang mendapat perkhidmatan di Sarawak dan Sabah terus mempunyai akses kepada penerbangan penting, menyokong pembangunan sosial dan ekonomi di kawasan ini. “Memastikan aksesibiliti kepada komuniti luar bandar adalah keutamaan. AirBorneo akan mengekalkan komitmen kami terhadap keterangkuman dengan mengekalkan perkhidmatan penting ini,” tambah Abang Johari. Peralihan Operasi dan Pengembangan Armada Peralihan dari MASwings ke AirBorneo dijangka mengambil masa kira-kira 18 bulan untuk diselesaikan bagi memastikan proses penyerahan berjalan lancar. Kerajaan negeri telah mengambil alih MASwings tanpa sebarang liabiliti, memberikan permulaan baharu kepada syarikat penerbangan yang dijenamakan semula ini. Syarikat penerbangan ini akan memberi tumpuan kepada pemodenan aset, termasuk memperoleh pesawat baharu dengan konfigurasi kabin yang dikemas kini. Perbincangan juga sedang dijalankan untuk memperkenalkan pesawat jet bagi laluan jarak jauh, memperluaskan lagi rangkaian AirBorneo. “Penjenamaan semula AirBorneo akan merangkumi reka bentuk livery baharu yang mencerminkan identiti Sarawak, menggantikan skema warna hijau yang dikaitkan dengan MASwings,” menurut pegawai rasmi. Hubungan Udara di Borneo dapat dipertingkatkan dengan pelancaran Air Borneo. Kredit foto: Unsplash Kesan Ekonomi dan Kemampuan AirBorneo dijangka memainkan peranan penting dalam menstabilkan harga tambang penerbangan, terutamanya semasa musim perjalanan puncak, bagi memastikan perjalanan udara yang mampu milik untuk penduduk dan pelawat. Dengan memperkukuh sektor penerbangan Sarawak, syarikat penerbangan baharu ini dijangka meningkatkan daya saing dan keupayaan tindak balas pasaran. Kesalinghubungan udara yang boleh dipercayai juga penting untuk menarik pelaburan, memudahkan logistik, dan menyokong perniagaan tempatan, termasuk dalam sektor e-dagang dan industri kraftangan. Penerimaan Awam dan Prospek Masa Depan Pelancaran AirBorneo disambut dengan penuh keterujaan oleh rakyat Sarawak, yang melihat syarikat penerbangan milik negeri ini sebagai simbol kemajuan dan peluang. Ramai percaya bahawa inisiatif ini akan membawa perubahan besar dengan meningkatkan kesalinghubungan dan memacu pembangunan ekonomi. Ketika AirBorneo memulakan perjalanan baharunya, ia berhasrat untuk mengimbangi kemampuan, kecekapan, dan pertumbuhan ekonomi, sekaligus mengukuhkan kedudukannya sebagai pemain utama dalam penerbangan serantau. Sumber: The Borneo Post Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia. Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda. Baca: Info berkaitan MyBorderPass QR Code Pelancongan: Ingin melancong ke Dubai? Lihat promosi pakej pelancongan ke Dubai Tags lawildfires kebakaranbesarlosangeles california berita terkini TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA Berita Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 26 Mac 2025 Informasi 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers 16 Februari 2025 Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers Tips Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara 28 Februari 2025 Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara Destinasi 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan 12 Februari 2025 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan Tips & Info Penerbangan Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan 20 Februari 2025 Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan

  • Inflasi Dan Pelancongan | Musafir Sedunia

    Inflasi Dan Pelancongan | Inflation and traveling Informasi Inflasi Dan Pelancongan Semakin Sukar Untuk Melancong? Inflasi memberi impak terhadap perbelanjaan melancong di destinasi terkesan. Kredit Foto: Travel With Annita Oleh Team Musafir Sedunia 5 Januari 2025 Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Artikel Inflasi merujuk kepada kehilangan kuasa membeli secara berperingkat, mengakibatkan kenaikan harga yang berterusan bagi barangan dan perkhidmatan dari semasa ke semasa. Ia dikira sebagai purata kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang akan dinilai oleh pihak berkuasa kewangan atau firma penyelidikan ekonomi sepanjang satu tahun. Apabila inflasi berlaku, nilai mata wang akan berkurangan, seterusnya memberi kesan kepada pengguna dan perniagaan. Terdapat tiga jenis utama inflasi: 1. Inflasi Berikutan peningkatan permintaan Ini berlaku apabila terdapat pegangan wang yang tinggi di peringkat pengguna di mana akan merangsang permintaan keseluruhan untuk barangan dan perkhidmatan dengan lebih cepat daripada kapasiti pengeluaran ekonomi. Akibatnya, pengeluaran atau perkhidmatan tidak mampu untuk menampung permintaan seterusnya mendorong kepada kenaikan harga. 2. Inflasi berikutan peningkatan kos bahan Disebabkan oleh kekurangan bekalan bahan mentah & bahan pembuatan, menyebabkan kekurangan pengeluaran untuk menampung permintaan seterusnya mendorong peningkatan harga. 3. Inflasi Berikutan Faktor Dalaman Peningkatan inflasi turut berlaku disebabkan berlaku peningkatan pembayaran kepada pekerja atas permintaan atau keperluan semasa dan faktor sesuatu sektor perniagaan atau industri mengenakan harga yang lebih tinggi, seterusnya meningkatkan harga barangan & perkhidmatan dan menjurus kepada inflasi. Baca: Kuota jemaah haji seluruh dunia - Bagaimana ia ditentukan? Peningkatan permintaan secara mendadak untuk sektor pelancongan selepas musim Covid-19 . Kredit foto: Khmer Times Mungkin anda pernah mendengar berita berkaitan penurunan & peningkatan kadar faedah pinjaman yang dikenakan oleh pihak berkuasa kewangan seperti Bank Negara dalam mengawal inflasi. Secara praktikal, apabila kadar faedah pinjaman meningkat, pengguna akan lebih berhati-hati untuk berbelanja dan secara tidak langsung permintaan untuk barangan dan perkhidmatan menjadi lebih terkawal. Kesannya, harga barangan atau perkhidmatan tidak meningkat dan inflasi yang ketara dapat dielakkan. Faktor global turut memainkan peranan terutama untuk sektor yang mengalami gangguan isu pembekalan bahan atau produk akibat peperangan, pengawalan pengeluaran oleh negara pengeksport dan permintaan yang meningkat di seluruh dunia. Inflasi semestinya akan mempengaruhi sektor pelancongan. Kuasa membeli pelancong akan berkurangan dan harga produk pelancongan seperti tiket kapal terbang, hotel, pusat pelancongan dan makanan sememangnya akan meningkat setiap tahun. Sebagai contoh, terdapat perbezaan ketara tiket penerbangan dan harga hotel sebelum wabak covid-19 melanda pada tahun 2020 dan selepas sempadan antara negara dibuka pada tahun 2022. Berikutan permintaan yang tinggi untuk sektor pelancongan, peningkatan harga berlaku sehingga ke hari ini di mana agak mustahil untuk harga sektor-sektor ini kembali seperti tahun sebelum wabak Covid-19 berlaku. Akibatnya, kuasa membeli pelancong menjadi semakin rendah dan harga sektor ini dijangka akan terus meningkat di masa akan datang. Kawasan popular pelancongan tetap akan dikunjungi pelancong walaupun terdapat peningkatan harga. Kredit Foto: TTG Asia Sebagai pelancong atau musafir, anda perlu lebih cekap dalam merancang perjalanan anda terutama dari pengurusan kewangan. Anda boleh mencari promosi, tempat atau musim pelancongan yang menawarkan harga yang berpatutan dan elakkan melancong semasa ‘peak season ’ seperti musim panas, musim ‘golden weeks ’ di sesetengah negara atau musim percutian hujung tahun yang mana rata-rata kesemua kos sektor pelancongan berada pada tahap paling tinggi. Dengan ilmu dan pengurusan kewangan yang betul, sudah pasti tiada masalah untuk anda dan keluarga untuk meneroka dan bermusafir ke mana-mana destinasi seluruh dunia. Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia. Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda. Baca: 7 fakta menarik mengenai negara Korea Selatan Pelancongan: Ingin melancong ke Turkiye? Lihat promosi pakej pelancongan ke Turkiye Tags inflasi harga mahal informasi TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA Berita Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 26 Mac 2025 Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik Informasi 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers 16 Februari 2025 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers Tips Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara 28 Februari 2025 Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara Destinasi 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan 12 Februari 2025 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan Tips & Info Penerbangan Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan 20 Februari 2025 Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan

Musafir Sedunia.jpg

Ikuti Kami

  • Facebook
  • X
  • Instagram

INFO, TIPS & BERITA PELANCONGAN / TRAVEL

 

© 2025 by Musafir Sedunia. All Rights Reserved.

Daftar Untuk Langgan Info Terkini di Email

Terima Kasih Kerana Melanggan!

bottom of page