Berita
47 Cedera dalam Kemalangan Bas Pelancong di Tokyo
Lima Warga Malaysia Terlibat, Kini Pulih Sepenuhnya

Foto yang diambil dari helikopter Kyodo News pada 5 April 2025, menunjukkan sebahagian daripada bas persiaran yang terlibat dalam perlanggaran bahagian belakang berhampiran muara Terowong Kobotoke di Lebuhraya Chuo di Hachioji, barat Tokyo
Oleh Team Musafir Sedunia
16 April 2025
Kongsi Artikel
Satu kemalangan membabitkan dua buah bas pelancong di Lebuh Raya Chuo, Hachioji, Tokyo Barat pada 5 April lalu telah menyebabkan 47 orang cedera, kebanyakannya terdiri daripada pelancong asing. Kemalangan berlaku sekitar jam 10:15 pagi berhampiran pintu masuk Terowong Kobotoke apabila sebuah bas melanggar belakang bas lain yang berada dalam konvoi sama menuju ke Tasik Kawaguchi, Yamanashi.
Menurut pihak berkuasa Jepun, semua mangsa mengalami kecederaan ringan dan tiada yang berada dalam keadaan kritikal. Lalu lintas di lorong keluar lebuh raya antara Persimpangan Hachioji dan Persimpangan Sagamiko terpaksa ditutup sementara untuk kerja-kerja menyelamat dan siasatan.

5 warga Malaysia yang terlibat dengan kemalangan dilaporkan selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan. Kredit foto: Kyoto News
Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo mengesahkan bahawa lima warga Malaysia terlibat dalam kemalangan tersebut. Mereka mengalami kecederaan ringan, telah menerima rawatan perubatan, dan telah dibenarkan keluar dari hospital pada hari yang sama. Mereka kini kembali ke penginapan masing-masing dan berada dalam keadaan stabil.
Dalam satu kenyataan terkini, Kedutaan Malaysia memaklumkan bahawa kesemua lima rakyat Malaysia itu telah pulih sepenuhnya dan telah meneruskan jadual lawatan mereka di Jepun. Kedutaan juga terus menjalinkan kerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan bagi memantau sebarang perkembangan lanjut mengenai insiden tersebut.
Kedutaan turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak berkuasa Jepun dan pasukan kecemasan atas tindakan pantas dan bantuan yang diberikan kepada semua mangsa, termasuk warga Malaysia
Sumber: Kyoto News, NST
Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia.
Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda.
TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA

Berita
47 Cedera dalam Kemalangan Bas Pelancong di Tokyo
16 April 2025

Informasi
Mengelilingi Dunia Melalui Fakta Menarik
25 April 2025

Tips
Itinerari Pintar dalam 60 Minit
1 Jun 2025

Destinasi
Landasan Kereta Api Terpanjang Di Dunia
6 Mei 2025

Tips & Info Penerbangan
Tiket RM5, Tapi Berdiri?
29 Mei 2025


